Pilih satu Halaman

Program Latihan Dan Ujian Kemahiran Menembak Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) 2024.

Utama » Aktiviti » Program Latihan Dan Ujian Kemahiran Menembak Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) 2024.

20 Mei 2024

Program ini bertujuan mempertingkatkan lagi kemahiran dan kecekapan semua pegawai dan anggota dalam pengendalian dan penggunaan senjata api. Seramai 40 orang anggota penguatkuasa JPLS telah menyertai program ini.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Lapang Sasar Ibu Pejabat Polis Kontijen Batu Kawa, Sarawak. Sebelum itu beliau dan semua anggota penguatkuasa diberi taklimat keselamatan dan penggunaan senjata oleh Sarjan Najep Haji Muldan dari anggota PDRM.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Liza binti Haji Long, Timbalan Pengarah Perikanan Laut Sarawak, Tuan Jamil bin Musel, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Sarawak, Encik Dokaner Kasto Anak Muning, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan JPLS serta pegawai-pegawai dan kakitangan.