Pilih satu Halaman

Bahagian Pengembangan Perikanan

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Pengembangan Perikanan

Bahagian Pengembangan Perikanan

Wisma Tani, Aras 3, Podium 1,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4413

03-8870 4551

Bahagian Pengembangan Perikanan

Melaksanakan perkhidmatan pengembangan, pembangunan komuniti dan usahawan perikanan, pemindahan teknologi dan inovasi perikanan serta melaksanakan program penyebaran informasi dan promosi industri perikanan.

Cawangan Pengembangan & Komuniti Perikanan

  1. Menyelia dan menyelaras Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan Perikanan (SPeKS Pengembangan).
  2. Melaksana, menyelia dan menyelaras program berasaskan komuniti myKomuniti Perikanan (myKP).
  3. Menyelia dan menyelaras program Ketua Jaringan Perikanan (KJP).
  4. Menyelia dan menyelaras program libat urus bersama kumpulan sasar dan pihak berkepentingan.
  5. Menyelia dan menyelaras program khidmat pengembangan perikanan yang dilaksanakan di peringkat negeri dan daerah.
  6. Menyelia dan melaksana program pemantauan, penilaian dan pengukuhan program komuniti perikanan.
  7. Menyelia dan melaksana program bantuan khidmat sokongan pengembangan perikanan kepada kumpulan sasar.
  8. Menyelaras dan mengendalikan konvensyen, bengkel, seminar dan demonstrasi kepada kumpulan sasar.

Cawangan Inovasi & Pembangunan Usahawan

  1. Menyelia dan menyelaras aktiviti pemindahan teknologi dan inovasi perikanan.
  2. Menyelaras dan melaksana program pembangunan myAgropreneur Perikanan (myAP).
  3. Menyelaras program pengukuhan kemahiran teknikal dalam dan luar negara.
  4. Menyelaras aktiviti pemantapan Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan dan Program Inkubator Jabatan Perikanan.
  5. Memberi khidmat nasihat dan teknikal teknologi baharu kepada kumpulan sasar.
  6. Menjalankan program demonstrasi, penyesuaian teknologi dan pendedahan industri.
  7. Menyelaras program pembangunan usahawan di bawah MAFI seperti Programme Agropreneur Muda, Agropelancongan, Geran Pemadanan Industri Makanan bagi Program CUP dan HIP serta Rezeki Tani.

Cawangan Promosi & Informasi

  1. Menyelaras, menyelia dan melaksana program pameran dan promosi Jabatan secara fizikal dan virtual dengan menggunakan aplikasi teknologi terkini.
  2. Merancang, menyelaras, menyelia dan melaksana penerbitan fizikal dan digital berkaitan teknikal dan bukan teknikal perikanan.
  3. Menyediakan dan melaksana perkhidmatan Jurugambar, Juruvideo dan Audio Visual bagi program dan aktiviti Jabatan Perikanan.
  4. Menyelia dan menyelaras sebaran informasi teknikal dan bukan teknikal perikanan kepada kakitangan, kumpulan sasar, orang awam dan pihak berkepentingan.
  5. Menyedia perkhidmatan sokongan rekabentuk bahan penerbitan dan pameran Jabatan.
  6. Menyelaras dan menyediakan perkhidmatan bilik sumber Jabatan.