Pilih satu Halaman

Data Terbuka

Utama » Awam » Data Terbuka

Data Terbuka Sektor Awam

Data terbuka ialah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan. Pelaksanaan data terbuka kerajaan dapat meningkatkan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan di samping meningkatkan produktiviti ekonomi digital negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan. Ia juga meletakkan Malaysia setaraf dengan negara lain dalam inisiatif kerajaan digital.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0.

Portal Data Terbuka Malaysia (data.gov.my) dibangunkan sebagai one-service-centre kepada rakyat untuk mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.