Pilih satu Halaman

Bahagian Akuakultur

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Akuakultur

Bahagian Akuakultur

Wisma Tani, Aras 1, Podium 2,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4616

03-8889 1794

Cawangan Pengurusan Akuakultur

  1. Merancang, menyelaras dan menilai penggubalan/ pindaan/ semakan dasar, perundangan, prosedur operasi piawai (SOP) berhubung pembangunan akuakultur negara.
  2. Menyelaras dan membantu tugas-tugas hal ehwal pentadbiran (stor, aset stok, ICT, HRMIS) dan pengurusan kewangan.
  3. Merancang, menyelaras dan menyedia, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Strategik dan hala tuju pembangunan akuakultur.
  4. Merancang, menyelaras dan menyemak perlaksanaan program kolaborasi nasional dan antarabangsa termasuk kertas-kertas dasar akuakultur berkaitan.
  5. Menyelaras, menyelia maklumbalas mesyuarat utama (cth MPJP, JPJP, MPT), persidangan, soalan-soalan Dewan Rakyat /Negara dan sebagainya di peringkat jabatan dan kementerian.
  6. Menyelaras, memantau, menilai, melapor pelaksanaan dan pencapaian pelan tindakan di bawah Pelan Strategik Akuakultur dan KPI berkaitan (cth Bahagian, Dasar Sekuriti, DAN 2.0).
  7. Menyelaras, memantau  dan menilai program bantuan di bawah Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Akuakultur (SPeKS AKUA).
  8. Menyelaras pelaksanaan sesi libat urus bersama kumpulan sasar dan pihak berkepentingan.
  9. Menyelaras, memantau dan menilai data pengusaha dan pengeluaran akuakultur negara (cth sistem eSMPP, GIS-Biomap).
  10. Menyelaras pelaksanaan pemindahan teknologi/ kursus bagi peningkatan kompetensi pegawai, kakitangan dan kumpulan sasar Bahagian Akuakultur.
  11. Menyelaras dan memberi maklumbalas ulasan kepada cadangan projek/ prgram yang memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada industri akuakultur.
  12. Menyelaras program pameran dan promosi bagi Bahagian Akuakultur.

Cawangan Akuakultur Marin

  1. Merancang, menyedia dan melaksana dasar, perundangan, pelan tindakan, SOP, dokumen standard Malaysia (MS) dan program  pembangunan industri akuakultur marin negara termasuk projek di kawasan pengezonan akuakultur.
  2. Merancang dan melaksana program pembangunan ternakan spesies baharu.
  3. Memantau, mengesan dan menilai keberkesanan pelan tindakan, SOP dan program  pembangunan industri akuakultur marin.
  4. Merancang dan memantau peningkatan pengeluaran, produktiviti  serta kualiti hasil ikan air marin.
  5. Melaksanakan program aplikasi dan pemindahan teknologi ternakan dan galakan penggunaan Internet of Things (IoT) kepada pengusaha marin.
  6. Merancang dan mewujudkan rantaian pengeluaran akuakultur bagi menampung permintaan serta keperluan industri seperti benih, makanan, teknologi dan sebagainya.
  7. Menyelaras dan menilai  Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Akuakultur (SPeKS AKUA) serta kepakaran teknikal kepada pengusaha akuakultur marin.
  8. Menganalisis dan mengesah data profil ladang dan pengeluaran data bagi komoditi marin.
  9. Merancang, melaksana dan menilai sesi libat urus bersama kumpulan sasar dan pihak berkepentingan.
  10. Merancang, melaksana dan menilai perlaksanaan program kolaborasi nasional dan antarabangsa bagi komoditi marin.
  11. Melaksana program pameran dan promosi bagi Bahagian Akuakultur.

Cawangan Akuakultur Air Tawar

  1. Merancang, menyedia dan melaksana dasar, perundangan, pelan tindakan, SOP, dokumen standard Malaysia (MS) dan program pembangunan industri akuakultur air tawar negara termasuk projek di kawasan pengezonan akuakultur.
  2. Merancang dan melaksana program pembangunan ternakan spesies baharu.
  3. Memantau, mengesan dan menilai keberkesanan pelan tindakan, SOP dan program pembangunan industri akuakultur air tawar.
  4. Merancang dan memantau peningkatan pengeluaran, produktiviti  serta kualiti hasil ikan air tawar.
  5. Melaksanakan program aplikasi dan pemindahan teknologi ternakan dan galakan penggunaan Internet of Things (IoT) kepada pengusaha air tawar.
  6. Merancang dan mewujudkan rantaian pengeluaran akuakultur bagi menampung permintaan serta keperluan industri seperti benih, makanan, teknologi dan sebagainya.
  7. Melaksana dan menilai  Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Akuakultur (SPeKS AKUA) serta kepakaran teknikal kepada pengusaha akuakultur air tawar.
  8. Menganalisis dan mengesah data profil ladang dan pengeluaran data bagi komoditi air tawar.
  9. Merancang, melaksana dan menilai Sesi Libat Urus Bersama kumpulan sasar dan pihak berkepentingan bagi komoditi air tawar.
  10. Merancang, melaksana dan menilai perlaksanaan program kolaborasi nasional dan antarabangsa bagi komoditi air tawar.
  11. Melaksana program pameran dan promosi bagi Bahagian Akuakultur.

Cawangan Transformasi Ekonomi Perikanan

  1. Merancang, menyelaras dan menilai peruntukan pembangunan (bajet pembangunan) bagi Bahagian Akuakultur
  2. Merancang, mengurus dan melaksana Projek Khas di bawah Rancangan Malaysia (RMK) dan di bawah peruntukan one off.
  3. Menyelaras dan menilai Projek Khas di bawah Rancangan Malaysia (RMK) dan di bawah peruntukan one off.
  4. Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek di kawasan Pengezonan Industri Akuakultur.
  5. Merancang dan menyelaras program galakan penyertaan swasta dalam industri akuakultur.
  6. Menyelaras, melaksanakan dan koordinasi pelaksanaan Projek Pembangunan, Projek Khas di bawah Rancangan Malaysia (RMK) dan di bawah peruntukan one off serta menyelaras lawatan pemantauan dan penilaian projek.
  7. Merancang dan menyelaras pelaksanaan Inovasi dan teknologi baharu termasuk aplikasi Internet of Things (IoT) dalam industri akuakultur.
  8. Merancang, melaksana dan menilai perlaksanaan program kolaborasi nasional dan antarabangsa.
  9. Merancang, melaksana dan menilai sesi libat urus bersama kumpulan sasar dan pihak berkepentingan.
  10. Melaksana program pameran dan promosi bagi Bahagian Akuakultur.

Cawangan Baka dan Benih

  1. Merancang, menyedia dan melaksana dasar, perundangan, pelan tindakan, SOP, dokumen standard Malaysia (MS) dan program pembangunan industri pembenihan/ asuhan negara termasuk projek di kawasan pengezonan akuakultur 
  2. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan industri benih spesies sedia ada dan baharu.
  3. Menyelaras, membangunkan dan menyelia pusat/premis akuakultur Jabatan sebagai pusat pemindahan teknologi /Pusat Akuakultur Kerajaan dan Swasta, penghasilan baka, benih/ asuhan berkualiti dan sebagainya.
  4. Merancang dan menetapkan sasaran pengeluaran benih negara (swasta dan Kerajaan) berdasarkan pelan tindakan akuakultur.
  5. Menyelaras dan melaksanakan Pembangunan Baka melalui Broodstock Multification Centre (BMC) bagi Kerajaan dan Swasta bersama Institut Penyelidikan Perikanan (FRI).
  6. Melaksanakan program aplikasi dan pemindahan teknologi ternakan dan galakan penggunaan Internet of Things (IoT) kepada pengusaha pembenihan/ asuhan.
  7. Menyelaras dan melaksana sistem penyampaian dan khidmat sokongan akuakultur (SPeKS AKUA) serta kepakaran teknikal kepada pengusaha pembenihan/ asuhan.
  8. Menyelaras, menganalisis dan mengesah data profil pusat pembenihan dan pengeluaran  benih/asuhan.
  9. Merancang, melaksana dan menilai perlaksanaan program kolaborasi nasional dan antarabangsa bagi pembenihan/ asuhan.
  10. Merancang, melaksana dan menilai sesi libat urus bersama kumpulan sasar dan pihak berkepentingan bagi pembenihan/ asuhan.
  11. Melaksana program pameran dan promosi bagi Bahagian Akuakultur.

Cawangan Ikan Hiasan

  1. Merancang, menyedia dan melaksana pelan tindakan, SOP dan program pembangunan industri akuakultur tumbuhan akuatik dan ikan hiasan termasuk projek di kawasan pengezonan akuakultur.
  2. Merancang dan melaksana program pembangunan ternakan spesies baharu.
  3. Memantau, mengesan dan menilai keberkesanan pelan tindakan, SOP dan program  pembangunan industri tumbuhan akuatik dan ikan hiasan.
  4. Merancang dan memantau peningkatan pengeluaran, produktiviti  serta kualiti hasil tumbuhan akuatik dan ikan hiasan.
  5. Melaksanakan program aplikasi dan pemindahan teknologi ternakan dan galakan penggunaan Internet of Things (IoT) kepada pengusaha tumbuhan akuatik dan ikan hiasan.
  6. Merancang dan mewujudkan rantaian pengeluaran akuakultur bagi menampung permintaan serta keperluan industri seperti benih, makanan, teknologi dan sebagainya.
  7. Menyelaras dan menilai  Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Akuakultur (SPeKS AKUA) serta kepakaran teknikal kepada pengusaha tumbuhan akuatik dan ikan hiasan.
  8. Menganalisis dan mengesah data profil ladang dan pengeluaran  data bagi tumbuhan akuatik dan ikan hiasan.
  9. Merancang, melaksana dan menilai Sesi Libat Urus Bersama kumpulan sasar dan pihak berkepentingan bagi tumbuhan akuatik dan ikan hiasan.
  10. Merancang, melaksana dan menilai perlaksanaan program kolaborasi nasional dan antarabangsa bagi tumbuhan akuatik dan ikan hiasan.
  11. Melaksana program pameran dan promosi bagi Bahagian Akuakultur.