Pilih satu Halaman

Bahagian Kejuruteraan

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Kejuruteraan

Bahagian Kejuruteraan

Wisma Tani, Aras 4, Podium 1,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4408

03-8888 9439

Cawangan Kejuruteraan Akuakultur

  1. Merekabentuk, menyedia spesifikasi, mengurus dan menyelia projek hatceri,nursery, tangki, kolam, sangkar, serta sistem dan teknologi ternakan mengikut kesesuaian tapak dan spesis.
  2. Melaksana Program Peneraju Perikanan termasuk menetapkan quantum, memantau dan menilai kerja-kerja ‘reimbursement’.
  3. Menyedia input kejuruteraan dalam mengenalpasti kawasan berpotensi serta penetapan Zon Industri Akuakultur (ZIA) /Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).
  4. Merangka piawaian jabatan untuk sistem-sistem teknologi akuakultur seperti teknologi Hatcheri, sangkar ternakan, dan  kolam/tangki ternakan bagi tujuan Persijilan (MYGAP/FQC)
  5. Mengkaji, menyiasat dan melaksanakan kerja ukur tapak bagi penyediaan pelan konsep serta ringkasan projek dan bajet.
  6. Menyedia input kejuruteraan dalam mengenalpasti tapak yang berpotensi bagi ternakan ikan dalam sangkar dengan melakukan Kajian Hidrography
  7. Membuat kajian/penerokaan teknologi bagi mengadaptasi dan mengaplikasi teknologi baru/terkini/hijau di dalam pembangunan kejuruteraan akukultur.
  8. Membantu pemindahan teknologi baru termasuk penyediaan  sistem-sistem inkubator kepada bakal pengusaha serta  mengadakan kerjasama dengan aktiviti pengembangan dalam bidang akuakultur .
  9. Membuat kajian/penerokaan teknologi bagi mengadaptasi dan mengaplikasi teknologi baru/terkini/hijau (IoT, IR 4.0 dan lain-lain) di dalam pembangunan industri akuakultur.
  10. Merekabentuk, membangun, memverifikasi dan menilai sistem automasi dan mekanisasi serta inovasi di dalam pembangunan industri akuakultur
  11. Memberi khidmat perundingan kepada kumpulan sasar, agensi kerajaan dan swasta
  12. Melaksana aktiviti khidmat nasihat teknikal dan memberi  kuliah-kuliah kejuruteraan berkaitan ternakan akuakultur.

Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur dan Konservasi Perikanan

  1. Merekabentuk, menyedia spesifikasi, mengurus dan menyelia projek seperti kompleks pejabat, kuarters, institut, jeti, pontoon, pelabuhan dan kemudahan infrastruktur asas mengikut kesesuaian tapak.
  2. Merekabentuk, menyedia spesifikasi, mengurus dan menyelia projek naiktaraf dan pembaikan seperti kompleks pejabat, kuarters, institut, jeti, pelabuhan dan kemudahan infrastruktur asas mengikut kesesuaian tapak.
  3. Menyelaras dalam pelaksanaaan program Jabatan Perikanan samada secara dalaman, BPSP, JPS, JKR  atau oleh juruperunding.
  4. Memberi input Teknikal dalam perancangan projek serta penetapan sistem, susunatur dan piawaian yang akan diguna pakai.
  5. Mengkaji, menyiasat dan melaksanakan kerja ukur tapak bagi penyediaan pelan konsep serta ringkasan projek dan bajet
  6. Menyedia input kejuruteraan dalam mengenalpasti tapak yang berpotensi bagi infastruktur termasuk melakukan Kajian Hidrography
  7. Merekabentuk, menyedia spesifikasi, mengurus dan menyelia projek konservasi perikanan seperti tukun tiruan, santuari dan sistem konservasi.
  8. Melaksanakan program pengurusan aset Jabatan Perikanan termasuk penilaian dan pelupusan aset
  9. Memberi khidmat perundingan kepada kumpulan sasar, agensi kerajaan dan swasta
  10. Melaksana aktiviti khidmat nasihat teknikal dan memberi  kuliah-kuliah kejuruteraan

Cawangan Kejuruteraan Perikanan Tangkapan & Teknologi Marin Perikanan

  1. Merekabentuk, menyedia spesifikasi, mengurus, dan menyelia pembinaan vesel Jabatan dan vessel contoh nelayan, kemudahan dan keselamatan nelayan dan pelayaran, pembinaan sangkar ternakan ikan di laut, muara dan tasik, pembinaan struktur terapung seperti rumah operasi di atas air, pembinaan peralatan sokongan seperti fish pump, lift up, feeding sistem, pembinaan boya tambatan dan payao mengikut kesesuaian tapak dan spesis.
  2. Menyediakan anggaran kos, perincian perihal kerja, senarai kuantiti bahan, dokumen tender/sebutharga, membuat penilaian dan pengurusan kontrak di samping memperakukan pembayaran ke atas kerja-kerja yang telah siap.
  3. Mengurus program inovasi sektor perikanan termasuk menjadi urusetia pertandingan inovasi Jabatan.
  4. Memberi khidmat perundingan kepada kumpulan sasar, agensi kerajaan dan swasta.
  5. Melaksana aktiviti khidmat nasihat teknikal dan memberi  kuliah-kuliah kejuruteraan berkaitan kejuruteraan perikanan tangkapan.
  6. Mengemaskini piawaian dan peraturan Jabatan selaras dengan peraturan antarabangsa seperti IMO, ILO dan Hygiene On Board (HOB) bagi semua zon vesel nelayan di Malaysia mengikut keperluan semasa.
  7. Melaksanakan Program Peneraju Perikanan Tangkapan termasuk pemodenan vessel.
  8. Membuat kajian/penerokaan teknologi bagi mengadaptasi dan mengaplikasi teknologi baru/terkini/hijau di dalam pembangunan industri perikanan tangkapan dan vesel nelayan.
  9. Merekabentuk, membangun, memverifikasi dan menilai sistem automasi dan mekanisasi serta inovasi di dalam pembangunan perikanan tangkapan dan vesel nelayan.
  10. Menjalankan pemeriksaan semua vesel nelayan bagi tujuan proses pelesenan dalam Akta Perikanan, pekeliling yang berkuatkuasa dan pematuhan peraturan-peratuan antarabangsa seperti;
    a. Pemeriksaan Vesel bagi menentukan muatan (GRT), kuasa kuda, Jenama, model enjin, dan Peralatan Keselamatan
    b. Pemeriksaan pemasangan, pengujian dan pentauliahan Mobile Tracking Unit (MTU), AIS, RFID
    c. Pemeriksaan layak layar berdasarlan piawaian badan pengkelasan
    d. Juruaudit dalaman Hygien On Board
    e. Menjadi Pakar rujuk syarikat pinjaman, insuran dan agensi lain di dalam menilai vesel bagi tujuan pinjaman, insuran dan kes-kes kemalangan
    f. Melakukan penilaian vesel dan peralatan rampasan bagi vesel tempatan dan asing bagi tujuan proses perundangan dan menjadi pakar rujuk mahkamah.
    g. Menjalankan pemeriksaan vessel nelayan bagi tujuan pelupusan

Cawangan Ukur Bahan dan Kontrak

  1. Memberi perkhidmatan Kepakaran Ukur Bahan didalam bidang Kejuruteraaan Perikanan dan Kejuruteraan dalam pengurusan Perolehan dan Pentadbiran Kontrak
  2. Merancang tatacara dan panduan terbaik berkaitan Perolehan dan Pengurusan Kontrak selaras dengan Dasar Kerajaan
  3. Menyemak dokumen tender, sebutharga dan perolehan sebelum kontrak, semasa kontrak dan selepas kontrak bagi memastikan semua prosedur diikuti dan peruntukan kontrak ditakrif dan dilaksanakan dengan sewajarnya.
  4. Memberi khidmat nasihat kepada pengurusan atasan, Pelbagai Bahagian, Pelbagai Negeri dan Pelbagai FRI di Jabatan Perikanan projek-projek serta perolehan di Jabatan Perikanan Malaysia dalam hal-hal membuat tender dan kontrak.
  5. Merumuskan prosedur baru dan mengemas kini peraturan sediaada dan menyediakan garis panduan yang berkaitan dengan tender dan pentadbiran kontrak.
  6. Mentadbir dan bertindak sebagai urusetia bagi Perolehan Kejuruteraan seperti Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatakuasa sebutharga, penangguhan dan lanjutan masa, Jawankuasa arahan perubahan/ Pengikuran Kuantiti Sementara.
  7. Memberi khidmat perundingan kepada kumpulan sasar, agensi kerajaan dan swasta
  8. Melaksana aktiviti khidmat nasihat teknikal dan memberi kuliah-kuliah kejuruteraan

Cawangan Penyelenggaran Kapal (Limbongan Perikanan)

  1. Menyediakan docking list, mengurus dan menyelia penyelanggaraan secara berjadual dan vessel yang mengalami kerosakan.
  2. Menyedia spesifikasi, mengurus dan menyelia penyelanggaraan sangkar ternakan ikan Jabatan dan peralatan perikanan.
  3. Memberi perkhidmatan sokongan logistik untuk vesel Jabatan, sangkar ternakan ikan jabatan dan peralatan perikanan di seluruh Malaysia.
  4. Mengurus operasi Limbongan Perikanan termasuk melaksana aktiviti/kerja limbongan kapal di Pelabuhan Klang dan penyeliaan serta pemantauan penyelenggaraan vesel di limbongan swasta.
  5. Menyemak invoice dan melaksanakan ‘cost query’ dan memperakukan kerja siap bagi vesel mengikut kadar harga terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian kewangan
  6. Mengurus bengkel automasi dan mekanisasi.
  7. Memberi khidmat perundingan kepada kumpulan sasar, agensi kerajaan dan swasta
  8. Melaksana aktiviti khidmat nasihat teknikal dan memberi  kuliah-kuliah kejuruteraan
  9. Menyelaras, Mengurus, mengurussetia dan melaksanakan perolehan secara pesanan kerajaan (PO), sebut harga dan tender di PTJ;
  10. Menyelaras keurusetiaan mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga PTJ
  11. Menyelaras pengurusan aset alih dan aset tak alih di peringkat PTJ
  12. Menyelaras keurusetiaan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (Aset Alih dan Fasiliti) di peringkat PTJ;
  13. Mengurus dan melaksanakan urusan berkaitan perkhidmatan, pengisian, dan persaraan peringkat PTJ.
  14. Menguruskan dan melaksanakan tanggungkerja, elaun dan kemudahan, saraan, cuti, faedah dan ganjaran.
  15. Mengurus dan melaksanakan kemaskini data HRMIS
  16. Menyelaras, Mengurus dan menyelia urusan peruntukan mengurus dan pembangunan di peringkat PTJ
  17. Mengurus dan menyelia urusan berkaitan arahan bayaran seperti emolumen, kontrak, bayaran bil, pukal, waran udara, panjar wang runcit dan lain-lain tuntutan
  18. Menyelaras keurusetiaan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) secara sukuan di PTJ