Pilih satu Halaman

Skim Pensijilan myGAP Sektor Akuakultur

Utama » Perkhidmatan » Skim Pensijilan (Biosekuriti) » Skim Pensijilan myGAP Sektor Akuakultur

Skim Pensijilan MyGAP

  • Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) mula diperkenalkan pada tahun 2005 meliputi sistem ternakan akuakultur kolam, sangkar, tangki, panti benih (hatcheri) dan pengeluaran rumpai laut.
  • Bermatlamatkan penghasilan produk akuakultur selamat dimakan dan berkualiti tanpa memudaratkan persekitaran, kebajikan haiwan dan mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Malaysia Good Agricultural Practice (MyGAP) merupakan penjenamaan semula bagi sektor akuakultur.

Faedah

  • Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap hasil akuakultur yang bersih, selamat dan dikeluarkan tanpa menjejaskan kualitit alam sekitar.
  • Jaminan kerajaan bagi produk akuakultur yang selamat melalui aktiviti pensampelan.
  • Komitmen ladang untuk mengeluarkan hasil akuakultur yang selamat dimakan dan meningkatkan keyakinan pengguna.
  • Memperluaskan laluan pasaran kepada hasil akuakultur Malaysia.
  • Pemilihan tapak ternakan yang mempunyai pemilikan dan diusahakan secara sah (persendirian/ sewa/ pemilikan sementara/ pajak).
  • Telah menjalankan ternakan sekurang-kurangnya setahun dan telah mempunyai rekod pengeluaran hasil
  • Menyimpan dokumen dan rekod ladang yang dikemaskini.
  • Bersedia menerima pandangan, teguran dan saranan penambahbaikan terhadap aspek ternakan yang mengamalkan akuakultur baik.
  • Mempunyai dokumen program jaminan kualiti sebagai bukti.
  • Memenuhi syarat dan kriteria pengiktirafan MyGAP.
  • Berdaftar dengan mengisi borang ARF-01 Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Unit Biosekuriti Negeri akan menjalankan kerja-kerja pemeriksaan pra-pendfataran dan pengesahan ladang yang memohon.
  • Nombor pendaftaran akan dikeluarkan kepada pemohonan yang layak.
  • Berpandukan kepada keperluan piawai seperti terkandung dalam :-
    • MS 1998:2007 – Good Aquaculture Practice (GAqP) – Aquaculture Farm General Guidelines;
    • MS 2467:2012 – Code of Practice for Seaweed Cultivation.
  • Lima (5) kriteria utama :-
    • Keselamatan Makanan
    • Keperluan Kesihatan Ikan
    • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    • Kelestarian Persekitaran
    • Kebajikan Haiwan
  • Lapan Belas (18) perkara perlu dipatuhi:-
    • Pemilihan Tapak
    • Kawalan Air Buangan
    • Pembinaan Ladang
    • Kebersihan dan keadaan permukaan bersentuh
    • Reka bentuk kolam/ sangkar
    • Kesihatan Pekerjaan
    • Pengurusan Air
    • Amalan Kebersihan Ladang
    • Pembajaan Kolam
    • Sosial dan Kebajikan Pekerja
    • Kawalan Pemangsa dan Makhluk Perosak
    • Penuaian dan Pengendalian Hasil  Ladang
    • Bekalan Bahan Mentah (Aditif, Benih)
    • Pelabelan, Penyimpanan dan Penggunaan Sebatian Berbahaya
    • Pengurusan Kesihatan Ternakan
    • Penyimpanan Rekod Ladang
    • Kawalan Biosekuriti Ladang
    • Halal
Contoh Pelan Susun Atur Biosekuriti
Carta Alir Permohonan dan Pendaftaran Baharu Pensijilan MyGAP

Carta Alir Pengauditan dan Kelulusan Pensijilan MyGAP
  • Sijil yang telah dikeluarkan kepada penternak mempunyai tempoh sah laku selama dua (2) tahun.

  • Boleh dibuat dalam masa tiga (3) bulan sebelum tarikh sijil tamat.

Ladang ternakan yang didapati telah tidak mengamalkan kriteria MyGAP serta melanggar dan tidak akur kepada mana-mana syarat piawaian pengiktirafan pensijilan berdasarkan:-

  • Ladang telah berpindah ke lokasi lain.
  • Perubahan kepada operasi dan jenis ternakan ladang.
  • Pengurusan ladang menarik diri secara sukarela.
  • Tidak mengekalkan tahap pematuhan semasa aktiviti serveilan dan pemeriksaan mengejut dilakukan.
  • Hasil ladang tidak selamat dan dikesan telah melepasi paras sisa  maksimum yang dibenarkan melalui program pensampelan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia.

Perkhidmatan