Pilih satu Halaman

DASAR PRIVASI JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

Utama » DASAR PRIVASI JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

Dasar Privasi

DASAR PRIVASI APLIKASI MUDAH ALIH JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (DOF)

PRIVASI

Aplikasi Mudah Alih DOF yang merangkumi beberapa sistem iaitu Sistem Identifikasi Vesel Siv, Ekanmas, Elatihan Perikanan, Elesen Perikanan, Penyu E-Mas, E-Rekreasi Dan Eagroperikanan (selepas ini dirujuk sebagai “Aplikasi”), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk orang awam dan golongan sasaran (selepas ini dirujuk sebagai “Pengguna”) bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh DOF kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).


MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.


MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

  1. Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke sistem aplikasi.
  2. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut ;
    1. Nama pengguna
    2. Nombor kad pengenalan
    3. Nombor telefon
    4. E-mel
  3. Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
  4. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN

Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

KERAHSIAAN

Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain, sila hubungi Cawangan Pengurusan Maklumat, DOF.

Perlindungan Data Peribadi

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) iaitu Akta 709.

Tanggungjawab utama Jabatan ini ialah untuk mengawalselia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial oleh Pengguna Data supaya tidak disalahguna dan disalahpakai oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Keselamatan data peribadi pengguna perlu dilindungi bagi mencegah sebarang bentuk penyalahgunaan terhadap penyimpanan atau pemprosesan data peribadi individu, awam dan swasta di Malaysia secara transaksi komersial adalah termaktub di bawah APDP ini.

Dalam menguatkuasakan APDP, JPDP telah mensyaratkan kepada semua Golongan Pengguna Data Peribadi yang terdiri daripada pihak individu mahupun swasta kecuali Kerajaan untuk berdaftar secara rasmi bagi tujuan melindungi hak-hak pengguna dan awam.

JPDP diketuai oleh Ketua Pengarah dengan dibantu oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah. Manakala, terdapat tiga bahagian utama di JPDP iaitu Bahagian Pendaftaran dan Operasi, Bahagian Pemantauan dan Bahagian Perundangan.

Sila layari laman ini https://www.pdp.gov.my/jpdpv2/