Pilih satu Halaman

Majlis Lambaian Kasih, Budi Dikenang

Utama » Aktiviti » Majlis Lambaian Kasih, Budi Dikenang

3 Julai 2024

Seluruh warga Jabatan Perikanan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia (Pembangunan) atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh Tuan Haji adalah inspirasi kepada semua warga jabatan dan telah memberi impak yang besar kepada perkembangan dan kemajuan jabatan ini.

YBrs. Tuan Haji Bohari merupakan seorang pegawai yang telah mencurahkan bakti dan khidmatnya kepada Jabatan Perikanan Malaysia sejak tahun 1991 dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi. Sepanjang 33 tahun tempoh perkhidmatan, beliau telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dan sentiasa berusaha memastikan kemajuan dan perkembangan sektor perikanan di Malaysia mencapai tahap yang membanggakan.

Selamat bersara kepada Tuan Haji Bohari bin Haji Leng. Terima kasih di atas segala khidmat bakti dan jasa yang telah dicurahkan. Sesungguhnya, jasa dan bakti Tuan Haji akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Seluruh warga jabatan mendoakan agar Tuan Haji Bohari dan keluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam menempuh fasa kehidupan yang baru. Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.