- Program Inkubator Akuakultur merupakan salah satu teras utama perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Perikanan bagi memajukan subsektor akuakultur negara. Pelaksanaan program tersebut bertujuan memberi pendedahan dan penerapan teknologi baru yang lebih cekap dari segi kapasiti pengeluaran, penjimatan kos, pengurangan tenaga manusia, mesra alam sekitar dan pematuhan piawaian perdagangan. Perlaksanaan program ini juga merupakan salah satu pendekatan untuk menggalakkan pelaburan syarikat swasta dalam bidang akuakultur.
- Program Inkubator Akuakultur yang dijalankan ini meliputi aktiviti latihan (formal atau tidak formal), khidmat sokongan teknikal di lapangan, pinjaman peralatan, bekalan input, pameran, demonstrasi, promosi dan penerbitan media rujukan. Program Pengembangan Akuakultur merupakan tanggungjawab utama Bahagian Pembangunan Akuakultur.
Program Inkubator ini adalah satu program dimana aktiviti menternak atau menghasil/mengasuh benih ikan yang dijalankan di Premis yang dimiliki oleh Kerajaan bagi maksud melatih pengusaha berpandukan kepada khidmat kepakaran yang akan diberikan oleh Jabatan dari masa ke semasa.
- Jabatan akan menyediakan premis dan peralatan yang berkaitan dengan aktiviti akuakultur, dan pihak swasta dipelawa untuk menyertai program ini.
- Jabatan akan memberi khidmat nasihat teknikal yang berkaitan dengan aktiviti akuakultur. Khidmat pakar juga turut diberikan dari masa ke semasa.
- Tumpuan pelaksanaan kepada syarikat yang baru menceburi dalam bidang akuakultur dan mempunyai modal yang mencukupi untuk mengoperasikan projek. Pada masa yang sama pengusaha akuakultur yang baru menceburkan diri dalam bidang akuakultur akan dilatih menerusi program latihan dan kursus-kursus yang dijalankan oleh Jabatan.
- Tempoh Perjanjian Program Inkubator akuakultur adalah terpakai selama tiga (3) tahun. Selepas tamatnya tempoh perjanjian, inkubatee perlu keluar dan memulakan projek di tapak sendiri. Kemudiannya Jabatan akan memulakan proses pengiklanan semula untuk melatih inkubatee yang baru.
- Tawaran untuk memohon sebagai peserta Inkubator Akuakultur akan dihebahkan melalui pengiklanan oleh Pejabat Perikanan Negeri.
- Penternak yang berminat boleh memohon melalui Pejabat Perikanan Negeri atau Pejabat Perikanan Daerah.
- Penternak akan dinilai melalui temuduga yang akan diaturkan oleh Pejabat Perikanan Negeri dan sekiranya berjaya, penternak akan diberikan sesalinan Surat Tawaran dan perjanjian akan disediakan setelah penternak menandatangani surat tawaran.
Lokasi | Penyewa | Tujuan | Pejabat / PTJ |
---|---|---|---|
Inkubator 1, PPUG Kg Acheh | Dalam proses kemasukan inkubatee | Pembenihan Udang Galah | PPUG KG Acheh, Perak |
Inkubator Ternakan Ikan Marin | UB Usaha Bersama Enterprise | Asuhan benih | Pejabat Perikanan Negeri Terengganu |
Pusat Pengumpulan dan Perdagangan Ikan Hiasan | Permai Kencana Sdn Bhd | Ikan Hiasan | Pejabat Perikanan Negeri Johor |
Inkubator Hatceri Ikan Marin Bukit Malut | Blue Larvae Sdn Bhd | Pembenihan Ikan Marin | Pejabat Perikanan Negeri Kedah |
Inkubator Hatceri Ikan Hiasan Port Dickson | Green Land Aquarium & Landscape | Ikan Hiasan Marin | Pejabata Perikanan Negeri Sembilan |
Inkubator 2 Pembenihan Udang Galah, PPUG | Empire Akua Enterprise | Pembenihan Udang Galah | PPUG Kg Acheh Perak |
Inkubator Hatceri Ikan Hiasan Port Dickson Ruang 2 | Santuary Horse PLT | Ikan Hiasan Marin | Pejabat Perikanan Negeri Sembilan |
Inkubator PPA Bukit Tinggi | MZ Agriculture | Pembenihan Ikan Air Tawar | Pejabat Perikanan Negeri Pahang |
Inkubator Kuala Linggi | Rai Global Services Sdn Bhd | Pembenihan Udang Galah | Pejabat Perikanan Negeri Melaka |
Hatceri Ikan Marin Nasional | Ambang Wibawa Biotech Sdn Bhd | Hatceri Ikan Marin | Pejabat Perikanan Negeri Pahang |
Pusat Asuhan Ikan Marin, Perupok Bachok | Dalam proses kemasukan inkubatee | Hatceri Ikan Marin | Pejabat Perikanan Negeri Kelantan |
Inkubator Kolam Udang Fasa III, FRI Gelang Patah | Dalam proses kemasukan inkubatee | Kolam Ternakan Udang | Pejabat Perikanan Negeri Johor |
Inkubator Kolam Ternakan Udang Air Payau, Pusa, Sarawak | Dalam proses kemasukan inkubatee | Kolam Ternakan Udang | Jabatan Perikanan Laut Sarawak |
Inkubator Kolam di Kabong, Sarawak | Dalam proses kemasukan inkubatee | Kolam Ternakan Udang | Jabatan Perikanan Laut Sarawak |
Hatceri Ban Merbok, Kedah | Kosong | Hatceri Udang Galah | Pejabat Perikanan Negeri Kedah |