- Merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia.
- Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada empat (4) aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.
- Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skift melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan.
- Pelaksanaan program mengikut piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh MQA.
- Mengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenufii tenaga kerja seKtor kerajaan dan swasta.
- Melahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan.
- Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan.
- PLO 1 : Menguasai ilmu dalam pelbagai bidang perikanan.
- PLO 2 : Mengaplikasi kemahiran teknikal perikanan bagi menyelesaikan masalah dalam industri perikanan.
- PLO 3 : Mengintegrasi ilmu perikanan dengan kemahiran menjalankan kerja-kerja lapangan.
- PLO 4 : Mengaplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran.
- PLO 5 : Mempunyai kebolehan bekerja dalam pasukan.
- PLO 6 : Mempamerkan sikap, nilai dan etika kerja sentiasa berusaha mempertingkat diri dan masyarakat.
- PLO 7 : Peka terhadap isu-isu semasa dan global dalam bidang perikanan.
Bil | Semester 1 | Jam Kredit | |
1 | Pengenalan Perikanan FIS 1012 | 2 | |
2 | Asas Biologi Ikan FIS 1023 | 3 | |
3 | Pengajian Malaysia 1 MPU 1152 | 2 | |
4 | Fundamental English (English 1) BBI 1042 | 2 | |
5 | Sistem Aplikasi Komputer (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) CAS 1052 | 2 | |
6 | Prinsip Akuakultur (Prinsip Akuakultur 1) FAP 1063 | 3 | |
7 | Pengurusan Sumber Perikanan (Pengurusan Sumber Perikanan 1) FRM 1073 | 3 | |
8 | Kokurikulum CCU 1081 | 1 | |
Jumlah | 18 |
Bil | Semester 2 | Jam Kredit |
1 | Asas Statistik Dan Penyelidikan MTH 1093 | 3 |
2 | English For Communication (English 2) BBI 1102 ________________ | 2 |
3 | Pengendalian Ikan FIH 1153 | 3 |
4 | Penilaian Sumber Perikanan FRM 1123 | 3 |
5 | Prinsip Perakaunan ACC 1133 | 3 |
6 | Teknologi Akuakultur FAT 1113 | 3 |
7 | Teknologi Penangkapan Ikan MFT 1143 | 3 |
Jumlah | 18 |
Bil | Semester 3 | Jam Kredit |
1 | Ekonomi Malaysia MPU 1313 | 3 |
2 | Pengurusan Kesihatan Ikan FIH 1163 | 3 |
3 | Kemahiran Berfikir MPU 1212 | 2 |
4 | Kemahiran Keusahawanan MPU 1222 | 2 |
5 | Pembangunan Komuniti Perikanan FCD 1203 | 3 |
6 | Teknologi Pelayaran Dan Perkapalan (Teknologi Marin 2) MNS 1213 | 3 |
7 | Teknologi Pemprosesan Dan Kualiti Produk Perikanan FPQ 1223 | 3 |
Jumlah | 19 |
Bil | Semester 4 | Jam Kredit |
1 | Latihan Industri FIS 1236 (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) CAS 1052 | 6 |
Jumlah | 6 |
- Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus) atau hingga 45 tahun (bagi pegawai kerajaan).
- Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut :
- Lulus dalam Bahasa Melayu
- Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
- Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.
- Sihat tubuh badan.
APM memiliki struktur organisasi yang lengkap dalam menyediakan program latihan di samping mempunyai kemudahan pembelajaran, perkhidmatan dan rekreasi yang mencukupi. Berikut adalah kemudahan program yang boleh diperolehi:
- Asrama penginapan disediakan
- Yuran pengajian adalah percuma
- Makan – minum ditanggung
- Pelaksanaan Program mengikut Piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh.
- Elaun Bulanan Pelajar
- Usahawan Produk Perikanan
- Pengurus Akuakultur
- Penyelia Dalam Industri Perikanan
- Usahawan Perikanan Laut Dalam
Layari http://epengambilan.dof.gov.my/app/login untuk permohonan program Sijil Perikanan.