Pilih satu Halaman

Bahagian Biosekuriti Perikanan

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Biosekuriti Perikanan
BAHAGIAN BIOSEKURITI PERIKANAN UTAMA

Bahagian Biosekuriti Perikanan

Wisma Tani, Aras 3, Podium 2,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4606

03-8890 3794

Cawangan Kesihatan Ikan dan Awam

  1. Merancang, menyedia, menilai dan mengemaskini polisi dan dasar biosekuriti yang berkaitan dengan pengurusan dan kawalan kesihatan ikan dan awam.
  2. Menyelia, melaksana dan mengemaskini pelaksanaan program kawalan rasmi kesihatan ikan dan awam melalui program survalen penyakit ikan dan pemantauan keselamatan makanan.
  3. Menyediakan cadangan notifikasi dan laporan status serta maklumat bagi tujuan pelaporan di peringkat dalaman, kebangsaan dan antarabangsa (OIE/NACA dll.) berkaitan kesihatan ikan dan awam.
  4. Menyelaras tindakan ke atas pertanyaan negara luar terhadap sebarang anomali amalan perdagangan ikan dan hasilan ikan Malaysia.

Cawangan Standard & Perkhidmatan Makmal

  1. Merancang dan menyelaras perkhidmatan analisis makmal dari aspek kesihatan ikan dan awam.
  2. Memantau perkhidmatan dan analisis di makmal-makmal, pembangunan sumber manusia serta organisasi bagi memastikan operasi berjalan lancar.
  3. Menyelaras dan membangun standard, SOP, peraturan dan dasar berkaitan Biosekuriti Perikanan di peringkat domestik dan antarabangsa (CODEX, OIE).
  4. Menyelaras pengiktirafan makmal swasta bagi tujuan pengeluaran sijil kesihatan bebas penyakit bagi ikan dan hasilan ikan.

Cawangan Audit, Pensijilan & CITES

  1. Merancang, menyelaras, dan memperakukan Program Skim Pensijilan Biosekuriti Perikanan (MyGAP, HOB, FQC, GMP Kilang Makanan Ikan/Tepung Ikan, Pusat Penetasan Ikan Luar Negara).
  2. Merancang dan memantau program pembangunan dan pengukuhan ketrampilan juruaudit biosekuriti perikanan.
  3. Merancang dan menyelaraskan prosedur pengeluaran sijil eksport ikan dan hasilan ikan (Sijil Kesihatan Ikan Hidup, Sijil Kesihatan (Perakuan Bebas Penyakit bagi Hasilan Ikan, Sijil Tempasal Ikan Hidup serta Sijil Tempasal Bukan Keutamaan Ikan dan Hasilan Ikan).
  4. Merancang, menyelaras, mengurus perakuan dan pengawalseliaan sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan CITES Perikanan Semenanjung Malaysia.