Pilih satu Halaman

Perutusan Ketua Pengarah

Utama » Info Korporat » Pengurusan Tertinggi » Perutusan Ketua Pengarah

Salam “Malaysia MADANI” dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Melangkah ke tahun 2026, Jabatan Perikanan Malaysia terus memperkukuh tekad sebagai Peneraju Transformasi Perikanan yang progresif. Di tengah-tengah cabaran global berkaitan perubahan iklim dan dinamik ekonomi, misi kami kekal tumpuan kepada pengurusan sumber perikanan negara secara mampan dan akuakultur yang lestari.

Tahun 2026, Jabatan Perikanan Malaysia memberikan penekanan khusus kepada tiga teras utama:

1. Keterjaminan Makanan Negara: Memastikan rantaian bekalan protein ikan sentiasa mencukupi dan selamat melalui pemerkasaan sektor akuakultur serta pengurusan zon tangkapan yang lebih sistematik.

2. Pemodenan dan Digitalisasi: Mengintegrasikan penggunaan teknologi pintar (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) dalam pemantauan sumber serta penyampaian perkhidmatan digital bagi memudahkan urusan kumpulan sasar dan pemegang taruh.

3. Ekonomi Biru (Blue Economy): Mengoptimumkan potensi sumber laut secara lestari yang bukan sahaja memelihara ekosistem marin, malah membuka peluang ekonomi baharu yang bernilai tinggi buat komuniti nelayan dan pengusaha akuakultur.

Sesuai dengan kepesatan teknologi maklumat, portal ini terus ditambah baik sebagai hub rujukan utama. Kami komited menyediakan akses kepada statistik perikanan terkini, garis panduan perkhidmatan, serta pengumuman rasmi program bantuan kepada masyarakat secara telus dan menyeluruh. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk membina masyarakat perikanan yang berilmu, bermaklumat dan celik teknologi.

Saya berharap portal ini menjadi jambatan yang efektif antara Jabatan, pemain industri dan semua pihak berkepentingan. Kami sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sebarang maklum balas, cadangan atau pertanyaan bagi memastikan kualiti perkhidmatan kami sentiasa berada di tahap cemerlang.

Sekian, terima kasih.

DATO’ HAJI ADNAN BIN HUSSAIN
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia