Pilih satu Halaman

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Pembangunan Modal Insan

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Wisma Tani, Aras 4, Podium 2,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4601

03-8889 1052

Cawangan Kemajuan Kerjaya & Kompetensi

  1. Menyelaras pelaksanaan keperluan penambahbaikan Pelan Penggantian dan pembangunan profiling pegawai awam Jabatan.
  2. Menyelaras pelaksanaan pembangunan Pelan Laluan Kerjaya Jabatan.
  3. Menyelaras dan mengurus pelaksanaan Program Sijil Perikanan mengikut keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  4. Menyelaras pelaksanaan kursus jangka pendek/sederhana/panjang bagi peningkatan kompetensi pegawai awam Jabatan.
  5. Menyelaras pelaksanaan kemajuan kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (SME) pegawai awam Jabatan.
  6. Menyelaras pelaksanaan permohonan cuti belajar pegawai awam Jabatan.
  7. Penyelaras pengurusan Aplikasi Psikologi dan Program Kaunseling (AKRAB) Jabatan Perikanan Malaysia/Pementoran/KIK.
  8. Mengurus pencalonan pengurniaan pingat dan darjah kebesaran kepada kakitangan.

Cawangan Latihan, Kemahiran & Pengurusan Kualiti

  1. Merancang dan mengurus pelaksanaan kursus peningkatan kemahiran (upskilling & reskilling) kakitangan dan golongan sasar.
  2. Mengurus latihan dengan kerjasama  kementerian /jabatan/ agensi luar/ pihak industri.
  3. Memantau Indeks Kepuasan Hati Pelanggan.
  4. Memantau perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
  5. Penempatan pelajar latihan industri IPTA/IPTS/Pusat latihan di Pusat Latihan Jabatan.
  6. Memantau keperluan fizikal dan infrasturuktur pusat latihan.
  7. Mengurus dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan (ISO, Star Rating, SPAN  dan Inovasi).
  8. Menyelaras Pelaksanaan Program Pembangunan Kru Tempatan.
  9. Menyelaras Pelaksanaan Manning Regulations.
  10. Menyelaras pembangunan, penyelarasan dan pemantauan perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia Jabatan bagi membangunkan sumber manusia/ modal insan organisasi yang sejahtera, berprestasi tinggi dan berintegriti.

Akademi Perikanan Malaysia

  1. Menyelaras dan melaksanakan program latihan dan kursus kepada kakitangan perikanan, belia dan pemain industri perikanan mengikut dasar dan strategi pembangunan modal insan Jabatan.
  2. Merancang dan menyelia program Sijil Perikanan Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia.
  3. Menyelaras pembangunan kurikulum, pembelajaran, pensijilan dan pengiktirafan program serta pengajar di Akademi Perikanan Malaysia.
  4. Menyelaras dan melaksanakan program pengiktirafan pencapaian terdahulu kepada kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia dan pemain industri
  5. Menyelaras perhubungan industri bersama pihak Technical Advisory Comitee (TAC) dan Stakeholder Perikanan dalam urusan kerjasama latihan
  6. Melaksanakan Program Pemindahan Teknologi seperti demonstrasi dan latihan in-situ dengan kerjasama Jabatan atau agensi lain. Melaksanakan kolaborasi strategik dengan institusi pengajian dalam dan luar negara bagi membangunkan modal insan