Pilih satu Halaman

Persidangan Institut Ekonomi & Perdagangan Perikanan Antarabangsa (IIFET) 2024

Utama » Aktiviti » Persidangan Institut Ekonomi & Perdagangan Perikanan Antarabangsa (IIFET) 2024

16 Julai 2024

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup telah merasmikan persidangan Institut Ekonomi & Perdagangan Perikanan Antarabangsa (IIFET) ke-21, yang dianjurkan oleh WorldFish dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di Hotel St. Giles Wembley, Pulau Pinang.

Persidangan dwitahunan ini, yang diadakan di Asia buat kali pertama sejak 2008, menghimpunkan pakar global untuk membincangkan “Sistem Makanan Akuatik dalam Ekonomi Biru.” Persidangan ini telah berlangsung dari 15 hingga 19 Julai 2024 juga memfokuskan pada sektor ekonomi perikanan, akuakultur dan perdagangan termasuk kemampanan sekuriti makanan, peningkatan kesaksamaan ekonomi dan sosial.

Persidangan ini merupakan platform penting untuk perkongsian maklumat dan menjalin kerjasama dalam membentuk masa depan sekuriti makanan dalam ekonomi biru.

DOF memainkan peranan penting mempertingkatkan sektor akuakultur bagi memenuhi matlamat ekonomi biru melalui program Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan (SPeKS) 2024, yang telah memberikan manfaat kepada 307 pengusaha akuakultur bernilai RM7.5 juta bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran akuakultur melalui pemerkasaan pengusaha hatceri dalam memastikan kemampanan industri dan menyumbang ekonomi biru.