Pilih satu Halaman

Latihan Industri / Latihan Peralihan

Utama » Perkhidmatan » Kursus & Latihan » Latihan Industri / Latihan Peralihan

Bagi menyokong hasrat kerajaan untuk memperkasakan pembangunan sains dan teknologi sektor perikanan yang melibatkan pihak industri dan Institusi Pengajian Tinggi, Jabatan Perikanan Malaysia menyokong penuh latihan industri dilaksanakan melalui platform pembangunan sumber manusia bersama pihak industri dan Institusi Pengajian Tinggi. Jabatan Perikanan Malaysia adalah salah satu daripada jabatan kerajaan yang menerima penempatan pelatih-pelatih yang perlu menjalani latihan industri sebagai memenuhi syarat kelulusan pengajian yang diikuti daripada IPTA, IPTS serta anggota tentera yang bakal bersara bagi menjalani latihan peralihan. Ia adalah bertujuan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan persekitaran pekerjaan sebenar serta memfokuskan kepada bidang yang dipelajari di IPTA & IPTS, di samping meningkatkan kebolehpasaran graduan. Latihan ini akan juga memberi peluang kepada pelatih untuk menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baru.

  • Pelatih terdiri daripada warganegara Malaysia
  • Program latihan Industri ini terbuka kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (peringkat Sijil/ Diploma/Ijazah) & pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (peringkat Diploma/Ijazah)
  • Program latihan peralihan ini terbuka kepada Anggota Tentera Malaysia (ATM) yang bakal bersara
  • Latihan industri & Latihan peralihan yang dipohon merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dan anggota tentera yang bakal bersara.
  • Tempoh latihan tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh IPT (Latihan industri) & ATM (Latihan peralihan).

  1. Pemohonan ini adalah bagi pelatih yang ingin mengikuti latihan industri di Jabatan Perikanan Malaysia termasuk Ibu Pejabat Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri (PPN), Pusat Biosekuriti, Pusat Pengembangan Akuakultur, Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan, Pusat Taman Laut dan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu.
  2. Permohonan hanya akan diproses dalam 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
  3. Dokumen-dokumen seperti berikut adalah diperlukan bagi memudahkan pihak DOF untuk membuat pertimbangan penempatan dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidang pelatih:
    • Borang Permohonan Mengikuti Latihan Industri (Borang PMI/LI/KP.1/2023) atau Borang permohonan mengikuti latihan peralihan (Borang PMI/LP/KP.1/2023). Borang tersebut boleh dimuat turun dengan menekan pautan berikut; Borang Latihan Industri / Borang Latihan Peralihan.
    • Surat permohonan menjalani Latihan Industri daripada IPT atau surat permohonan menjalani latihan peralihan daripada ATM;
    • Resume pelatih berserta dengan gambar pasport terkini; dan
    • Salinan Transkrip (rekod akademik pelajar) bagi latihan industri
  4. Pelatih hendaklah mengemukakan dokumen permohonan yang lengkap melalui emel atau pos ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Perikanan Malaysia,
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,
Aras 4, Podium 2, Blok 4G2,
No. 30 Persiaran Perdana, Presint 4, 
62628 PUTRAJAYA.
Tel: 03-8870 4601
Faks: 03-8889 1052
Emel: zarulmuzamil@dof.gov.my

  • Pihak DOF tidak akan melayan sebarang permohonan yang tidak lengkap.
  • Sekiranya terdapat kemusykilan berkaitan pertanyaan dan permohonan sila hubungi di talian 03-8870 4636 / 4652.

Bilangan Tempat, Bidang Yang Ditawarkan Dan Lokasi Penempatan

Bilangan tempat yang disediakan tertakluk kepada keupayaan, kesesuaian dan boleh kawal (manageable) dengan mengambil kira sumber kepakaran sedia ada, kebolehgunaan alat dan kelengkapan serta ruangan penempatan bagi setiap Bahagian / Pejabat Perikanan Negeri (PPN) / Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) /Pusat.

Penempatan pelatih adalah berdasarkan kuota yang ditetapkan. Sekiranya terdapat permohonan yang melebihi kuota penempatan yang ditetapkan, maka pengendalian atas dasar “yang terdahulu diutamakan” akan digunakan.

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah dalam subsektor akuakultur, perikanan tangkapan, biosekuriti perikanan, pengurusan sumber, pemprosesan produk perikanan, pengurusan maklumat, pengurusan pentadbiran dan pengurusan sumber manusia. Keutamaan bidang adalah seperti yang disenaraikan: –

  1. Sains Perikanan
  2. Sains Marin
  3. Kejuruteraan
  4. Alam Sekitar dan Biodiversiti
  5. Sains Kimia
  6. Sains & Teknologi Makanan
  7. Teknologi Maklumat
  8. Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia
  9. dan lain-lain bidang yang bersesuaian

Maklumat Tambahan

  • Jabatan Perikanan Malaysia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada pelajar yang diterima untuk menjalani latihan industri.
  • Jabatan Perikanan Malaysia juga tidak menyediakan elaun latihan kepada pelajar latihan industri disebabkan kekangan peruntukan yang terhad

Perkhidmatan