- Pemancing rekreasi boleh ditafsirkan sebagai mereka yang menangkap ikan secara rekreasi menggunakan joran atau kail-mengail untuk tujuan kesukanan, riadah, hiburan serta bagi mendapatkan ketenangan dan kepuasan diri.
- Justeru, aktiviti perikanan rekreasi yang dilaksanakan oleh pemancing rekreasi merupakan suatu aktiviti menangkap ikan atau haiwan akuatik yang berbeza dengan aktiviti penangkapan ikan oleh para nelayan. Pemancing rekreasi pada kebiasaannya menangkap ikan dengan tujuan untuk beriadah dan kepuasan diri, manakala nelayan menangkap ikan untuk sara diri dan komersial.
- Pelaksanaan aktiviti perikanan rekreasi didorong oleh beberapa faktor seperti keinginan bagi mendapatkan cabaran menangkap ikan, pencapaian serta pengiktirafan, semangat kesukanan, aktiviti riadah, hiburan diri dan aktiviti sosial.
- Pada tahun 2010, Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) menganggarkan terdapat seramai 2.2 juta orang pemancing rekreasi di Malaysia dan lebih 40 penganjur / persatuan pertandingan memancing. Dianggarkan juga jampir 50 peratus pemancing ini terlibat dengan aktiviti perikanan rekreasi kelautan.
- Dengan mengambilkira anggaran perbelanjaan setahun seorang pemancing rekreasi bagi menjalankan aktiviti ini ialah RM1,000 setahun, anggaran hasil yang boleh dijana kepada ekonomi negara adalah bersamaan dengan RM2.2 billion setahun. Ini menunjukkan potensi besar yang boleh dijana melalui aktiviti ini.
- Pelbagai rantaian aktiviti dan perkhidmatan yang terlibat dalam industri perikanan rekreasi seperti pengilang perkakasan, kedai perkakasan, pembekal umpan, pembuat bot, pemilik bot sewa, pembekal tali pancing, operator marin / taikong, media pancing, agen pelancongan dan lain-lain.
- Organisasi antarabangsa seperti Food and Agricultural Organization of The United Nations (FAO) telah membangunkan suatu garis panduan iaitu FAO Technical Guidelines for Responsible Fishing – Recreational Fisheries No.13 pada tahun 2013. Garis panduan teknikal ini menyenaraikan panduan bagi pengurusan dan pembangunan perikanan rekreasi yang secara amnya meliputi perkara berikut:
- Rangka kerja normatif perikanan rekreasi bertanggungjawab.
- Rangka kerja pengurusan perikanan rekreasi bertanggungjawab.
- Rangka kerja dasar dan institusional.
- Pengurusan perikanan rekreasi.
- Amalan terbaik perikanan rekreasi.
- Perkongsian maklumat, pengetahuan dan penyelidikan.
- Pelaksanaan garis panduan.
- Beberapa negara di dunia telah melaksanakan suatu bentuk peraturan bagi membantu mengawal dan membangunkan aktiviti perikanan rekreasi seperti Singapura, Taiwan, Thailand, Ireland, Canada, USA, New Zealand, Australia dan Jepun. Kawalan-kawalan yang diperkenalkan adalah melibatkan kawalan input dan kawalan output bagi aktiviti perikanan rekreasi.
- Pendaftaran pemancing terbuka kepada semua pemancing yang memancing di laut dan/atau pantai.
- Pendaftaran penganjur terbuka kepada penganjur pertandingan atau pesta memancing di laut dan/atau pantai.
- Pendaftaran pemancing dan penganjur boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih “e-Rekreasi” yang boleh dimuat turun melalui platform berikut: