Pilih satu Halaman

Bahagian Dasar & Perancangan Strategik

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Dasar & Perancangan Strategik

Bahagian Dasar & Perancangan Strategik

Wisma Tani, Aras 2,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4215

03-8889 1195

Cawangan Pembangunan

  1. Merancang dan menyelaras permohonan program/projek, penyediaan serta perumusan projek-projek pembangunan rancangan lima (5) tahun Jabatan.
  2. Menyediakan pembentangan permohonan bajet kepada MOA dan EPU.
  3. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan projek-projek pembangunan Jabatan supaya ianya selaras dengan misi, visi dan objektif Jabatan.
  4. Menyelaras siling, peruntukan dan skop program/projek pembangunan.
  5. Menyelaras dan menyediakan belanjawan  termasuk agihan peruntukan bagi projek-projek pembangunan Jabatan.
  6. Mengemaskini data kemajuan projek jabatan dalam sistem SPPII dan ICU.
  7. Menyedia laporan kemajuan fizikal dan perbelanjaan projek jabatan kepada kementerian/agensi pusat
  8. Menyelaras penyediaan pembentangan Penilaian Outcome Projek kepada kementerian.
  9. Menyelaras penyediaan maklumat bagi lawatan inspektorat projek oleh kementerian.
  10. Menyelaras proses pengambilan dan pemilikan serta mengawal penggunaan tanah-tanah hak milik Jabatan.
  11. Menjadi urus setia Mesyuarat JK Tindakan Pembangunan Jabatan (JTPJP), Mesyuarat Peg. Pembangunan dan Pemantauan Tanah Jabatan (MPPEM).
  12. Menyediakan maklum balas/input bagi Mesyuarat JK Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK), JK Underutilised, JKPO dan lain-lain.
  13. Menyelaras Inventori Tanah Jabatan (Land Inventory System).
  14. Menyelaras pengawalan tanah milik jabatan, kes pencerobohan tanah serta permohonan perolehan tanah (pengambilan,pemilikan,tukar guna, belian dan perizaban).
  15. Menyelaras cadangan pelepasan tanah PTP kepada jabatan/agensi persekutuan.
  16. Menyelaras permohonan pajakan/sewa tanah/ruang bangunan milik PTP oleh swasta, individu atau inkubator dan lain-lain perkara berkaitan.
  17. Menyelaras jawapan pemantauan/audit kepada agensi lain seperti Jabatan Audit Negara (JAN), ICU JPM dan EPU..

Cawangan Antarabangsa

  1. Merancang, menyelaras, menganalisa dan mengemaskini status serta mengedarkan maklumat dan maklum balas berkenaan dengan hal ehwal antarabangsa perikanan termasuk perdagangan antarabangsa supaya kepentingan negara terpelihara.
  2. Memastikan bahawa segala obligasi peringkat antarabangsa berkaitan hal ehwal antarabangsa perikanan seperti konvensyen/ perjanjian antarabangsa serta projek-projek di bawah kerangka kerjasama antarabangsa seperti ASEAN, SEAFDEC, UN (FAO, CBD, CITES, IUCN, IMO) dan lain-lain yang perlu dilaksanakan di Malaysia diselaras, dirancang, dilaksanakan dan dikaji semula keberkesanan pelaksanaanya;
  3. Menyelaras, mengkaji dan menyedia bersama dengan Focal Point/ National Coordinator sebarang Nota Intervensi, Brief, Position and Background Paper, dan Kenyataan Rasmi, bagi pihak Jabatan dan Negara dalam hal ehwal antarabangsa perikanan termasuk perdagangan antarabangsa merangkumi isu-isu semasa dan memastikan bahawa ianya menepati dasar/ perundangan Negara dan memenuhi obligasi antarabangsa;
  4. Menyelaras sebarang permohonan dan notifikasi dari pihak Luar Negara atau Organisasi Antarabangsa berkaitan hal ehwal antarabangsa perikanan termasuk perdagangan antarabangsa;
  5. Menyelaras, mengemaskini dan memuktamadkan segala bentuk perjanjian dan MOU berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa (termasuk bidang pengurusan, penguatkuasaan, perdagangan dan isu-isu semasa) ;
  6. Pengurusetiaan sesi perbincangan/ mesyuarat/ bengkel/ persidangan/ seminar antarabangsa anjuran Jabatan di mana Cawangan Antarabangsa dilantik sebagai Focal Point/ Sekretariat;
  7. Menguruskan kelulusan pegawai-pegawai bagi menghadiri mesyuarat/seminar/bengkel/misi perdagangan/delegasi YB Menteri ke  luar negeri;
  8. Membantu dalam penyediaan Memorandum, Nota Jemaah Menteri atau maklumbalas Jabatan/ Kementerian kepada draf Memorandum yang berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa perikanan
  9. Menyelaras dan mengemaskini perlantikan Focal Point/ Key Project Leader/ Committee Member / National Coordinator/ Coordinating Officer/ Standing Member / Technical Advisor / National Expert yang berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa perikanan termasuk perdagangan antarabangsa peringkat Jabatan atau Negara.

Cawangan Pengutipan Data Perikanan

  1. Merancang, merekabentuk dan membangun program dan sistem pengutipan data perikanan.
  2. Melaksanakan dan menyelia program pengutipan data tangkapan ikan marin, akuakultur, perikanan darat, lepas tuai dan dagangan perikanan.
  3. Menyimpan, memproses dan menganalisis data perikanan.
  4. Menyelaraskan data perikanan dengan agensi-agensi lain seperti MAQIS, LKIM, DOSM, dan lain-lain yang berkaitan
  5. Menyediakan input pelaporan SDG bagi sektor perikanan
  6. Menyediakan buku laporan perangkaan perikanan tahunan.
  7. Melaksanakan penyelarasan dan penyeragaman data secara berkala bagi peringkat Ibu Pejabat, PPN dan Daerah.
  8. Memberikan input kepada Pengurusan Tertinggi Jabatan dalam membuat keputusan (informed decision), penggubalan dasar, strategi dan hala tuju Jabatan.
  9. Menasihat pihak pengurusan Jabatan mengenai perubahan arah aliran data perikanan
  10. Menyediakan laporan tahunan perikanan kepada badan antarabangsa yang berkenaan seperti FAO, EU.
  11. Membekal data utama sektor perikanan negara kepada MAFI, DOSM, Bank Negara, LHDN, KPDNHEP, EPU, IPT serta badan antarabangsa seperti FAO, SEAFDEC, UNESCAPE, IOTC dan lain-lain.
  12. Membekalkan maklumat perikanan umum kepada industri perikanan serta mana-mana pihak yang memerlukan.
  13. Menyediakan SOP Pengutipan Data Perikanan yang terbahagi kepada tiga (3) Jilid iaitu SOP Perikanan Tangkapan, Akuakultur dan Perikanan Darat

Cawangan Perancangan

  1. Merancang dan menguruskan penggubalan serta memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan dasar serta hala tuju strategi bagi pembangunan dan pengurusan sumber perikanan negara selaras dengan dasar-dasar kerajaan semasa (Rancangan Fizikal Negara, DAN, DKBK, Dasar Perubahan Iklim, dll yang berkaitan) dan obligasi antarabangsa.
  2. Menyelaras penilaian keberkesanan perundangan perikanan dan merancang penggubalan perundangan baharu dan pindaan terhadap perundangan semasa.
  3. Menyelaras dan menganalisa pelaksanaan pelan-pelan sektoral dan Garis Panduan di bawah Jabatan
  4. Menyelaras ke atas semua perkara yang berkaitan dengan urusan Parlimen.
  5. Menyelaras semua input dan komen bagi projek-projek pembangunan yang berisiko menjejaskan sumber dan habitat perikanan.
  6. Menyelaras permohonan kelulusan penyelidikan dalam dan luar negara oleh penyelidik
  7. Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa teknikal luar Jabatan bagi perkara-perkara yang menyentuh sektor perikanan.
  8. Menyelaras dan memberikan khidmat nasihat/input teknikal/ulasan bagi perkara-perkara berkaitan sektor perikanan
  9. Merancang, menggubal, mengkaji dan menggerakkan mekanisme dasar korporat Jabatan termasuk hubungan strategik antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, IPTA dan IPTS serta badan korporat.
  10. Menjadi urus setia kepada mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan (JPJP dan MPJP) termasuk mesyuarat antara Jabatan dengan Agensi lain serta persidangan tahunan untuk pegawai Jabatan.
  11. Menyediakan maklum balas / input / Nota / Memorandum mesyuarat-mesyuarat Jemaah Menteri, Pasca Kabinet, Pengurusan MOA, Ketua Jabatan dan lain-lain.
  12. Menyelaras penyediaan laporan tahunan Jabatan.

Cawangan Pelaburan dan Perundingan

  1. Menyebarluas maklumat dan memberi khidmat perundingan prospek pelaburan dan model perniagaan yang sesuai kepada syarikat swasta dan bakal pelabur dalam bidang akuakultur, perikanan tangkapan, industri pemprosesan berasas ikan dan perniagaan khidmat sokongan perusahaan perikanan.
  2. Menyelaras fasilitasi perdagangan dalam dan luar negara dalam sektor perikanan.
  3. Merancang, mengurus dan menyemak Program Galakan Insentif termasuk pengecualian cukai dan Galakan Padanan bagi sektor perikanan.
  4. Menyelaras penganjuran dan penyertaan industri di dalam ekspo peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dengan industri perikanan. Memantau projek pembangunan East Coast Economic Region (ECER) dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA).