PERANAN
1. Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab menguruskan sumber perikanan negara secara efisien, inovatif dan mesra alam berasaskan kepada pengetahuan teknikal dan saintifik serta tadbir urus yang profesional.
2. Industri perikanan merupakan salah satu bidang ekonomi utama di Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia selaku peneraju industri perlu mempunyai ilmu teknikal yang meluas untuk menggalakkan penyertaan syarikat swasta, pelabur serta kerjasama antarabangsa.
3. Tanggungjawab utama adalah bagi meningkatkan bekalan ikan makanan dan menjana pendapatan kumpulan sasar dan menyumbang kepada eksport negara.
4. Pengukuhan pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara; bagi memastikan bekalan ikan yang mencukupi bagi memenuhi permintaan tempatan; meluaskan pasaran eksport produk ikan; dan memulihara, mengurus serta menggunakan sumber secara mapan.
5. Kedaulatan makanan negara; pengeluaran ikan makanan yang cukup memenuhi keperluan rakyat yang berhak mendapat makanan pada kuantiti, kualiti dan harga yang mampu. Pengeluaran yang bebas dari pergantungan kepada unsur luaran.
6. Sektor perikanan ditransformasikan daripada ladang berskala kecil dan tidak bersistematik kepada industri yang tersusun, bersepadu dan kualiti hasil yang tinggi. Pengeluaran dari projek-projek didorong oleh pasaran antarabangsa dan produk akan ditambah nilai supaya menembusi pasaran premium.