Pilih satu Halaman

Status Perikanan dan Akuakultur Dunia (SOFIA)

Utama » Aktiviti » Status Perikanan dan Akuakultur Dunia (SOFIA)

9 Julai 2024

Sesi ke-36 Jawatankuasa Perikanan yang bermula di FAO Rome hari ini (8 Julai 2024) dimulakan dengan perbincangan mengenai Status Perikanan dan Akuakultur Dunia (SOFIA) serta kemajuan dalam pelaksanaan Kod Tingkah Laku untuk Perikanan yang lestari serta instrumen berkaitan.

Laporan SOFIA 2024 menyoroti jumlah pengeluaran perikanan dan akuakultur mencapai rekod tertinggi sebanyak 223.2 juta tan pada tahun 2022, terdiri daripada 185.4 juta tan haiwan akuatik dan 37.8 juta tan alga.

Untuk pertama kalinya, akuakultur menyumbang pengeluaran haiwan akuatik yang besar (51 peratus) berbanding perikanan tangkapan. Malaysia menekankan keperluan agar SOFIA sentiasa menyelaraskan penemuannya dengan penunjuk SDG,untuk memastikan selaras dan relevan dalam usaha global ke arah perikanan dan akuakultur yang mampan.

Sesi ke-36 COFI dijadualkan tamat pada 12 Julai 2024, Jumaat.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Encik Nazri Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Perikanan Malaysia dan Penasihat Pertanian Encik Abdul Rahman Abdul Wahab, Wakil Tetap Alternatif Malaysia ke Agensi-agensi Berasaskan PBB di Rome.