Pilih satu Halaman

Pelesenan (Sistem eLesen/MFVR/eLogbook/QR CODE)

Utama » Perkhidmatan » Perikanan Tangkapan » Pelesenan (Sistem eLesen/MFVR/eLogbook/QR CODE)

Aplikasi Sistem eLesen dibangunkan Jabatan bagi mempermudah pemilik vesel membuat permohonan aktiviti pelesenan yang boleh dilaksanakan secara atas talian selain memudahkan kerja-kerja pengurusan lesen dan profil vesel, peralatan menangkap ikan dan nelayan. Sistem ini bertujuan menambah baik dan mempertingkatkan sistem penyampaian Jabatan kepada golongan sasar, menyeragamkan sistem kawal selia vesel penangkapan ikan tempatan serta meningkatkan pemantauan dan pengurusan vesel penangkapan ikan tempatan.

Maklumat yang terdapat di dalam sistem elesen Jabatan Perikanan turut dapat dikemaskini secara real time dan dapat memudahkan perkongsian maklumat terkini nelayan dan vesel dengan agensi lain yang berkaitan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Agensi Remote Sensing dan sebagainya.

Semua permohonan pelesenan berkaitan boleh dipohon melalui atas talian termasuk permohonan rayuan melalui aplikasi SIRIP atau melalui Portal MyGoverment.

Sistem Rekod Vesel Penangkapan Ikan Malaysia (MFVR) merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi menyelaraskan maklumat berkaitan rekod vesel penangkapan ikan yang berdaftar di dalam satu muka surat, dengan pantas dan tepat. Sistem ini telah diintegrasikan dengan sistem di Jabatan Perikanan Malaysia dan sistem Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia secara berterusan bagi memudahkan perkongsian maklumat bersama semua agensi penguat kuasa dan agensi di dalam Jabatan dan Kementerian.

Objektif pembangunan MFVR adalah seperti berikut:

  • Membantu pihak – pihak berkepentingan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendapat maklumat yang sama dan seragam,
  • Memudahkan paparan maklumat nelayan, terutamanya kepada agensi penguatkuasaan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
  • Memastikan penyelarasan dan keseragaman data berkaitan pemilik dan maklumat vesel.

Jabatan sedang ke arah pelaksanaan teknologi kod QR (Quick Response Code) sebagai kaedah identifikasi vesel penangkapan ikan tempatan. Teknologi QR Code ini bertujuan memudahkan pengenalan vesel penangkapan ikan tempatan melalui teknologi kod QR yang diimbas menggunakan telefon mudah alih/mobile server untuk diintegrasikan dengan sistem Jabatan yang sedia ada, mewujudkan satu sistem pengurusan yang seragam bagi pengurusan maklumat tangkapan di seluruh Malaysia yang boleh dicapai oleh kakitangan Jabatan dan agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam aktiviti pemantauan vesel penangkapan ikan, menambahbaik sistem manual melalui pemerhatian terhadap ciri-ciri pengenalan vesel penangkapan ikan serta membantu dalam prose pelaporan maklumat tangkapan di peringkat nasional dan antarabangsa serta dapat mempertingkatkan ketetapan data.

Pengumpulan data Logbook adalah satu elemen penting dalam membantu Jabatan Perikanan Malaysia mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tangkapan ikan, mengenalpasti hasil tangkapan ikan, mengkaji jenis peralatan dan vesel yang digunakan, menganalisis punca yang menyebabkan berlakunya pengurangan terhadap jumlah tangkapan dan usaha yang dijalankan bagi meningkatkan hasil tangkapan.

Di samping itu, data eLogbook akan membolehkan:-

  • Pelaporan operasi penangkapan ikan dijalankan secara nyata (real-time) sewaktu aktiviti dijalankan berbanding dengan amalan sekarang iaitu dilakukan apabila kembali ke jeti.
  • Membantu dalam memberi laporan-laporan yang diperlukan oleh agensi-agensi di dunia seperti Indian Ocean Tuna Commision (IOTC). Ini adalah penting untuk membolehkan Malaysia mencapai pematuhan kepada piawai-piawai dunia yang telah ditentukan.
  • Pihak DOF menentukan kelayakan Lesen Nelayan berdasarkan kuota yang ditentukan mengikut tahunan.
  • Pihak pemilik vesel akan dapat memantau pergerakan vesel secara berkala.
  • Pihak pemilik vesel dapat melakukan persediaan di pelabuhan sebelum ketibaan vesel.

Perkhidmatan