Pilih satu Halaman

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Utama » Info Korporat » Pengenalan » Pensijilan MS ISO 9001:2015

Untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan khususnya bagi sektor teras perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia telah diluluskan oleh Panel Pensijilan, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 3 April 2023 bagi tiga (3) skop pensijilan di bawah Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, satu (1) skop pensijilan di Bahagian Akuakultur dan satu (1) skop sokongan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan, Bahagian Khidmat Pengurusan &Unit Komunikasi Korporat.

Jabatan Perikanan Malaysia telah mewujudkan sistem pengurusan kualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan melalui peningkatan berterusan berdasarkan Model Proses Sistem Pengurusan Kualiti Sektor Awam sejajar dengan usaha untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memberi fokus kepada kehendak dan jangkaan pelanggan terutama golongan sasar.

Warga Jabatan Perikanan Malaysia bertekad dan beriltizam mentransformasikan industri perikanan negara berdaya saing sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2.0 serta perundangan yang termaktub. Kami juga komited untuk membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti dan menilai semula semua objektif kualiti yang ditetapkan bagi memenuhi kepuasan pelanggan, pemegang taruh dan pihak-pihak yang berkepentingan ke arah memajukan sektor perikanan negara.

Jabatan Perikanan Malaysia melaksanakan sistem kualiti bagi empat (4) proses utama dan satu (1) proses sokongan di Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya berdasarkan keperluan standard MS ISO 9001:2015 yang telah diluluskan oleh Panel Pensijilan, SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 3 April 2023 yang lepas iaitu:

1. Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur;

2. Permohonan Pembaharuan Lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan Tamat Tempoh Melebihi Satu (1) Tahun – Kurang daripada Tiga (3) Tahun;

3. Permohonan Kelulusan Perolehan Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan (Unit Baharu) Bagi Zon C2 dan C3

4. Permohonan Ganti Kulit Vesel Selain Zon A

5. Perkhidmatan Sokongan yang Berkaitan

Jabatan Perikanan Malaysia telah mengenalpasti objektif kualiti bagi setiap proses utama berasaskan keperluan standard MS ISO 9001:2015 seperti yang dinyatakan di bawah:

1. Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur

• Memastikan 90% permohonan bantuan SPeKS pada tahun semasa diproses dan dikemukakan ke Jawatankuasa SPeKS mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan memberi manfaat kepada golongan sasar.

2. Permohonan Pembaharuan Lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan Tamat Tempoh Melebihi Satu (1) Tahun – Kurang daripada Tiga (3) Tahun

• Memastikan Permohonan Pembaharuan Lesen Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan Tamat Tempoh Melebihi Satu (1) Tahun – Kurang Tiga (3) Tahun yang lengkap diselesaikan dalam tempoh 10 hari bekerja.

3. Permohonan Kelulusan Perolehan Vesel dan Peralatan Menangkap Ikan (Unit Baharu) Bagi Zon C2 dan C3

• Memastikan sekurang-kurangnya 90% Permohonan Kelulusan Perolehan Vesel dan Peralatan, Menangkap Ikan (Unit Baharu) yang lengkap diselesaikan dalam tempoh 60 hari bekerja.

4. Permohonan Ganti Kulit Vesel Selain Zon A

• Memastikan Permohonan Ganti Kulit Selain Vesel Zon A yang lengkap diselesaikan dalam tempoh 10 hari bekerja.

5. Perkhidmatan Sokongan yang Berkaitan

Prosedur Latihan: Memastikan 80% kakitangan Bahagian Akuakultur, Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Unit Komunikasi Korporat mengikuti kursus / latihan / seminar / bengkel / ceramah sekurang-kurangnya 5 hari setahun.

Prosedur Aduan Awam: Memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima daripada pengadu.

Prosedur Perolehan dan Kawalan Pembekal:

i.  Setiap Pesanan Kerajaan dikeluarkan pada masa barangan dipesan atau sebelum perkhidmatan atau barangan diterima bagi skop – skop yang dipersijilkan.

ii.  Memastikan setiap kontrak ditandatangani dalam tempoh empat (4) bulan selepas Surat Setuju Terima ditandatangan oleh pihak pembekal bagi skop – skop yang dipersijilkan.

iii. Memastikan setiap pembekal bagi perolehan yang dilaksanakan diberikan penilaian melalui sistem ePerolehan berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan iaitu tempoh penghantaran/perkhidmatan, khidmat sokongan dan kualiti bagi skop – skop yang dipersijilkan.