Pilih satu Halaman

Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan

Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan

Wisma Tani, Aras 1,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4406

03-8889 1233

Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan

Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau program pengurusan sumber perikanan yang boleh diperbaharui  meliputi pembangunan perikanan tangkapan, dasar pelesenan negara, Akta Perikanan 1985, pengurusan sumber, perikanan rekreasi, dan perikanan darat bagi memastikan penerokaan sumber secara mapan di perairan negara dan laut lepas serta menjamin bekalan makanan negara, peningkatan pendapatan nelayan, dan mengurangkan kebergantungan import (food security).

Cawangan Pengurusan Sumber

  1. Mencadang dan menilai penggubalan/pindaan/semakan dasar dan perundangan berkaitan sumber perikanan marin.
  2. Merancang, menyelaras dan melaksana proses pewartaan/pengezonan kawasan sumber perikanan penerokaan terhad (Musim Tertutup).
  3. Membangun, menyelaras dan menilai pelaksanaan Pelan Pengurusan Perikanan (FMP), Pelan Pengurusan Perikanan Melalui Pendekatan Ekosistem (EAFM) dan National Plan of Action (NPOA) bagi komponen pengurusan sumber perikanan marin.
  4. Mengulas permohonan baharu dan mencadang serta menilai tindakan susulan berhubung hasil kajian/penyelidikan berkaitan dengan sumber perikanan marin yang dijalankan oleh FRI, NGO, IPTA/IPTS, badan korporat dan lain-lain.
  5. Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan industri/konsultasi bersama pihak berkepentingan berkaitan pengurusan sumber perikanan marin.
  6. Menyediakan nota intervensi dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa teknikal antarabangsa dan kebangsaan berkaitan pengurusan sumber perikanan marin.
  7. Menyediakan input dan khidmat nasihat bagi isu berkaitan pengurusan sumber perikanan marin.
  8. Mengurus dan menyelaras aktiviti unjam dan vesel bantuan aktiviti menangkap ikan.
  9. Merancang, menyelaras, menilai, melaksana dan memantau pembangunan peralatan menangkap ikan.

Cawangan Pembangunan Laut Dalam

  1. Mencadang, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur dan peraturan baru serta semakan/pindaan berkaitan pelesenan vesel penangkapan ikan laut dalam selaras keperluan domestik dan antarabangsa.
  2. Menilai, melaksana dan memantau pelesenan vesel laut dalam dan rayuan melalui sistem e-Lesen, kawalan dan profil, pemeriksaan khas fizikal vesel dan aktiviti naziran ke atas vesel laut dalam.
  3. Mencadang, menilai, melaksana dan memantau permohonan permit, melesen dan rayuan bagi vesel serta peralatan menangkap ikan termasuk vesel Menunggu Peranti Pengumpul Ikan (MPPI).
  4. Menilai dan memantau pengurusan operasi vesel berasaskan keaktifan Vessel Monitoring System (VMS), pendaratan ikan (logbook) dan pematuhan syarat yang ditetapkan.
  5. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program/projek berkaitan pembangunan vesel penangkapan ikan laut dalam dan perundingan industri/konsultasi bersama pihak berkepentingan.
  6. Memberikan maklumat dan maklum balas berkaitan perikanan laut dalam di peringkat Jabatan, Kementerian, agensi dan antarabangsa.

Cawangan Pelesenan

  1. Mencadang, membangun, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur, syarat dan peraturan baru serta semakan/pindaan berkaitan pelesenan perikanan pantai, nelayan, kerang-kerangan selaras keperluan domestik dan antarabangsa.
  2. Menyelaras, membangun, melaksana dan memantau dasar dan prosedur pelesenan vesel laut pantai dan rayuan melalui pembangunan dan pelaksanaan sistem e-Lesen.
  3. Menyelaras dan membangun prosedur daya jejak Perikanan tangkapan dan perakuan bagi tujuan eksport.
  4. Pengurusn pemantauan vesel berasaskan Automated Identification System (AIS).
  5. Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau berkaitan pembanguanan perikanan pantai, pemeriksaan fizikal, permohonan lesen baru, naziran, konsultasi, pemeriksaan khas vesel, kelulusan pengecualian khas dan rayuan.
  6. Menyelaras, melaksana dan menilai program pemodenan vesel dan perundingan industri/konsultasi bersama pihak berkepentingan perikanan pantai.
  7. Menyelaras, menilai dan menyedia maklumat dan maklumbalas atau laporan kepatuhan berkaitan perikanan laut pantai di peringkat jabatan, kementerian, agensi dan antarabangsa.

Cawangan Pembangunan Tuna

  1. Mencadang, menilai, melaksana dan memantau dasar prosedur dan peraturan baru dan sedia ada serta semakan/pindaan berkaitan mengenai pelesenan tuna termasuk pematuhan kepada resolusi IOTC yang berkuat kuasa dan undang-undang antarabangsa dan domestik.
  2. Merancang, melaksana dan memantau Port State Measures (PSM) dan menyediakan pelaporan pematuhan dan data tangkapan IOTC. Pematuhan dan pelaksanaan keperluan laut lepas dan penyeliaan sistem pemantauan vesel tuna melalui THEMIS.
  3. Melaksana, menilai, mengurus dan memantau permohonan permit baru vesel dan peralatan penangkapan Ikan tuna Zon C3 dan aktiviti pelesenan tunan serta pengeluaran Authorization to Fish (ATF) di perairan antarabangsa (Lautan Hindi).
  4. Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau program/projek berkaitan pembangunan perikanan dan rantaian industri tuna serta program perundingan industri/konsultasi (MPI) Tuna bersama pihak berkepentingan berkaitan Industri Tuna.
  5. Menerima, meneliti dan mencadang penambahbaikan kepada cadangan atau keperluan daripada syarikat tempatan seperti penubuhan pelabuhan baru atau jeti pendaratan, kilang operasi, jalinan kerjasama antara syarikat, dan agensi kerajaan.

Cawangan Perikanan Darat

  1. Menyelaras dan membangunkan perikanan darat sebagai sumber tangkapan untuk peningkatan pendaratan dan peningkatan sumber pendapatan secara mapan.
  2. Menyelaras, membangun dan melaksanakan peraturan dan pelesenan perikanan darat, program pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan darat(pelepasan benih, inventori dan santuari perikanan darat) seluruh negara.
  3. Menyelaras, membangun dan melaksanakan program peningkatan ekonomi nelayan darat supaya potensi serta peningkatan pendapatan sampingan komuniti nelayan darat dapat dikembangkan.
  4. Menyelaras, membangun dan melaksanakan program peningkatan ekonomi nelayan darat supaya potensi serta peningkatan pendapatan sampingan komuniti nelayan darat dapat dikembangkan.
  5. Menyelia Program khas Perumahan Nelayan (PKPN) di bawah Projek Perumahan Nelayan Darat (PPND).
  6. Menyelia program elaun sara hidup dan kajian sosio ekonomi nelayan darat.

Cawangan Perikanan Rekreasi

  1. Membangun, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur dan peraturan baru serta semakan/pindaan berkaitan pelesenan perikanan rekreasi marin.
  2. Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau berkaitan pembangunan industri perikanan rekreasi marin.
  3. Membangun, menilai, melaksana dan memantau pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan rekreasi marin selaras dengan instrumen antarabangsa.
  4. Membangun, melaksana, menilai dan memantau pendaftaran dan pelesenan perikanan rekreasi.
  5. Menyelaras, menilai dan menyedia maklumat dan maklumbalas atau laporan kepatuhan berkaitan perikanan rekreasi di peringkat jabatan, kementerian, agensi dan antarabangsa.
  6. Membangun, menilai, melaksana dan memantau pembangunan kawasan tarikan (hotspot) dan fasiliti sokongan bagi aktiviti perikanan rekreasi marin.
  7. Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan industri/konsultasi serta kesedaran awam bersama kumpulan sasar berkaitan kepentingan pengurusan, pembangunan dan pemuliharaan perikanan rekreasi marin.