Pilih satu Halaman

Keanggotaan Antarabangsa

Utama » Info Korporat » Pengenalan » Keanggotaan Antarabangsa

Malaysia telah menjadi ahli kepada beberapa organisasi antarabangsa dan Jabatan ini telah terlibat dalam beberapa mesyuarat utama untuk membentangkan dan melindungi kepentingan Malaysia dalam perbincangan isu-isu perikanan antarabangsa. Antara organisasi yang dimaksudkan adalah:

Southeast Asia Fisheries Development Centre (SEAFDEC)

Sejumlah sebelas (11) negara adalah ahli kepada SEAFDEC yang terdiri daripada Brunei, Cambodia, Indonesia, Jepun, Laos PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Jabatan terlibat dalam beberapa mesyuarat utama yang dianjurkan oleh SEAFDEC pada setiap tahun. Mesyuarat yang dimaksudkan adalah Mesyuarat Lembaga Pengarah SEAFDEC, ASEAN SEAFDEC Fisheries Consultative Group dan beberapa Rundingan Teknikal Serantau untuk membincangkan pendirian bersama isu-isu yang berkaitan dengan perikanan.

Indian Ocean Tuna Commission

Sebagai ahli kepada IOTC, Jabatan menyertai mesyuarat IOTC yang diadakan setiap tahun. Ahli IOTC kehendaki melaporkan pendaratan ikan tuna tahunan kepada Sekretariat IOTC. Mesyuarat tahunan ini akan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan tuna di Lautan Hindi.

Association of South East Asian Nations (ASEAN)

Sebagai salah satu daripada sepuluh ahli ASEAN, Jabatan menyertai secara aktif beberapa mesyuarat utama ASEAN yang diadakan setiap tahun seperti Special Senior Officers Meeting – ASEAN Ministers on Agriculture and Forestry (Sp. SOM-AMAF), ASEAN Ministers on Agriculutre and Forestry (AMAF), AMAF+3, dan ASEAN Sectoral Working Group on Fisheries (ASWGFi). Mesyuarat ASWGFi menumpukan perbincangan kepada isu yang berkaitan dengan perikanan yang dihadapi oleh ahli negara ASEAN.

Food And Agriculture Organizations (FAO)

Jabatan menyertai dalam beberapa mesyuarat antarabangsa anjuran FAO yang diadakan dua tahun sekali seperti Committee on Fisheries (COFI), Sub-Committee on Fish Trade and the Sub-Committee on Aquaculture.

Network of Aquaculture Centres in the Asia Pacific (NACA)

Sebagai ahli NACA, Jabatan menyertai dalam dua mesyuarat tahunan seperti Mesyuarat NACA Governing Council dan Technical Advisory Committee Meeting. Rangkaian ini lebih berfokus kepada perbincangan isu-isu akuakultur dan perkembangan baru dalam akuakultur.