Pengisytiharan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara pada 25 April 1980 telah memperluaskan perairan perikanan Malaysia dengan penambahan hampir empat kali ganda iaitu daripada 47,000 kepada 157,143.5 batu nautika persegi.
Susulan itu, kawasan penangkapan ikan laut dalam yang dinamakan ‘Zon C2’ telah diwujudkan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bagi pembukaan lesen untuk meneroka sumber perikanan yang jarang diusik di ZEE Malaysia.
Zon Perikanan Laut Dalam (C2)
Definisi ‘laut dalam atau ‘zon C2’ di perairan perikanan Malaysia adalah bermula daripada :
- 15 batu nautika dari Pantai Barat Semenanjung Malaysia (Selat Melaka) sehingga ke sempadan ZEE negara (berkongsi dengan zon C); dan
- 30 batu nautika dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur sehingga ke sempadan ZEE negara.
Kategori Vesel Penangkapan Ikan Laut Dalam (C2)
- Vesel hendaklah bersaiz muatan lebih 70 GRT (tahan kasar berdaftar)
Peralatan Menangkap Ikan Untuk C2
- Pukat Tunda
- Pukat Jerut Ikan*
- Bubu
- Kail-Mengail (Rawai)
*Vesel C2 yang menggunakan pukat jerut ikan layak mendapat lesen dua (2) buah vesel MPPI (Menunggu Peranti Pengumpulan Ikan)
Berdasarkan kajian sumber perikanan dan Pelan Strategik DOF 2021-2030, perikanan laut dalam di perairan negara masih boleh menampung tambahan kuota lesen C2 sebanyak 902 buah vesel lagi. Ia merangkumi 743 lesen untuk tangkapan sumber ikan demersal dan 159 lesen untuk tangkapan ikan pelagik.
Justeru, DOF amat mengalu-alukan mana-mana syarikat tempatan yang berminat untuk memohon lesen C2 ini. Walau bagaimanapun, permohonan tidak dibuka kepada individu ataupun syarikat yang dimiliki atau mempunyai pegangan saham warganegara asing. Ia mestilah syarikat yang sepenuhnya milik warganegara Malaysia.
Permohonan dialu-alukan terutama kepada pemohon yang mempunyai :
- Vesel Penangkapan Ikan Berlesen; atau
- Aktiviti dan pelaburan dalam industri huluan dan hiliran perikanan; atau
- Modal untuk membuat pelaburan dalam industri perikanan
Kategori Permohonan Lesen Vesel C2
- Syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dimiliki sepenuhnya (100%) oleh warganegara Malaysia
- Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan dimiliki sepenuhnya (100%) oleh warganegara Malaysia.
*Permohonan atas nama individu tidak dibenarkan
Syarat Perolehan Vesel C2 Untuk Dilesenkan
- Syarikat yang ingin memohon lesen C2 baharu hendaklah terlebih dahulu memohon kelulusan perolehan vesel penangkapan ikan daripada Ketua Pengarah DOF
- Namun jika ingin beroperasi di perairan Sabah atau Sarawak, permohonan hendaklah dikemukakan terus kepada Pengarah Jabatan Perikanan Sabah atau Jabatan Perikanan Laut Sarawak masing-masing
- Kelulusan ini bertujuan membolehkan pemohon mula membuat perolehan atau membina vesel C2 mengikut dasar dan syarat yang ditetapkan. Sebaik sahaja pemohon selesai memperolehi atau membina vesel dengan mematuhi semua syarat, barulah pemohon layak mendapat lesen C2 baharu bagi membolehkan vesel itu mula beroperasi menangkap ikan di perairan laut dalam negara.
Cara Memohon
- Isi borang permohonan LPI.1/95 dengan lengkap dan jelas. Borang permohonan boleh didapati dari mana-mana Pejabat Perikanan Daerah/Negeri dan Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya. Borang juga boleh dimuat turun di Laman Web Rasmi Jabatan iaitu di www.dof.gov.my.
- Sila kemukakan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Perniagaan Enterprise
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon yang disahkan
- Salinan Kad Pendaftaran Nelayan (Jika Ada) yang disahkan
- Kertas Kerja Projek
- Salinan Profil Perniagaan
- Borang E (Kaedah 13)
- Dokumen maklumat perniagaan
- Salinan Penyata Kewangan/Akaun Bank perniagaan (3 bulan terakhir) yang telah disahkan
- Salinan penyata akaun perniagaan yang telah diaudit (tahun semasa)
- Dokumen lain yang menyokong permohonan seperti keterangan harta, pengalaman, jaminan kredit daripada bank dan lain-lain.
- Syarikat Sdn. Bhd.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon* yang disahkan (*Pemohon Mestilah Terdiri Daripada Salah Seorang Pemegang Saham Syarikat)
- Salinan Kad Pendaftaran Nelayan (Jika Ada) yang disahkan
- Kertas Kerja Projek – (sila rujuk panduan penyediaan kertas kerja di ruangan Borang dan Dokumen)
- Salinan Profil Perniagaan yang terkini dan disahkan:-Borang 9
- Form 24
- Form 44
- Form 49
- Memorandum And Articles Of Association (MAA).
- Salinan terkini Penyata Kewangan/Akaun Bank (3 bulan terakhir) yang telah disahkan.
- Penyata Akaun Syarikat yang telah diaudit (tahun terkini)
- Dokumen lain yang menyokong permohonan seperti keterangan harta, pengalaman, jaminan kredit daripada bank dan lain-lain.
- Perniagaan Enterprise
- Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Pengarah Kanan
Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan
Aras 1, Menara Blok 4G2, Wisma Tani
No. 30 Persiaran Perdana, 62682
PUTRAJAYA
Dasar DOF hanya membenarkan tiga kaedah perolehan vesel penangkapan ikan laut dalam (C2) iaitu:
Vesel Moden Bina Baru Dalam Negara
Dalam usaha mewujudkan vesel penangkapan ikan tempatan yang moden, DOF menetapkan 12 piawaian garis panduan pembinaan vesel C2. Vesel moden ini diperbuat daripada gentian kaca atau besi dan hendaklah mematuhi spesifikasi ‘hygiene on board’ (HOB) di mana perlu dilengkapi tandas, sinki, tempat tidur kru yang selesa, ruang memasak dan lain-lain.
Vesel Moden Bina Baru / Terpakai Luar Negara
Untuk perolehan vesel dari luar negara, vesel moden bina baru atau terpakai daripada Kesatuan Eropah (EU), Jepun, Amerika Syarikat dan Turkiye sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk (dibeli) oleh syarikat tempatan bagi mendapat kelayakan lesen C2.
Vesel Kayu Bina Baru Dalam Negara
Vesel bina baru buatan kayu dibenarkan dengan syarat ia hendaklah dibina dalam negara (tempatan), mempunyai pelan susun atur am vesel (GA/general arrangement) dan mematuhi spesifikasi ‘hygiene on board’ (HOB).