Pilih satu Halaman

Sesi Pembentangan Kemajuan dan Menandatangani Kontrak Projek E-Lesen 2.0

Utama » Aktiviti » Sesi Pembentangan Kemajuan dan Menandatangani Kontrak Projek E-Lesen 2.0

26 Julai 2024

Satu sesi menandatangani dokumen perjanjian perkhidmatan membangun, menguji, mengintegrasi, membekal, melaksana dan mentauliah sistem pengurusan perlesenan (E-Lesen 2.0) untuk Jabatan Perikanan Malaysia telah dilaksanakan di Wisma Tani bersama syarikat EBI Resources Sdn Bhd.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Adnan Bin Hussain , Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebagai wakil jabatan bersama Tuan Noor Azhar Bin Ahmad, Managing Director EBI Resources Sdn Bhd sebagai wakil syarikat.

Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk menandatangani dokumen bagi mengikat kontrak di antara jabatan dan pihak syarikat sepanjang pembangunan sistem ini dijalankan di mana sistem ini dijangka siap pada November 2025.

Sistem e-Lesen juga merupakan salah satu sistem utama dalam Jabatan di mana sebagai sistem pengurusan pelesenan di Malaysia. Oleh hal demikian, Jabatan telah mengambil inisiatif untuk membangunkan sistem e-Lesen 2.0 yang lebih efektif dan mesra pengguna.