Pilih satu Halaman

Sesi Perbincangan bersama Malaysia Buddhist Association (MBA) berkenaan Cadangan Kerjasama bagi Pengurusan Spesies Ikan Asing

Utama » Aktiviti » Sesi Perbincangan bersama Malaysia Buddhist Association (MBA) berkenaan Cadangan Kerjasama bagi Pengurusan Spesies Ikan Asing

16 Julai 2024

Jabatan Perikanan Malaysia telah mengadakan perbincangan bersama Puan Sally Chee, Timbalan Presiden, Malaysia Buddhist Asscociation (MBA) berkenaan cadangan kerjasama memberi kesedaran awam kepada kumpulan sasar berkenaan pengurusan spesies ikan asing.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan program-program pendidikan dan ceramah kesedaran yang dapat dilaksanakan bersama. Wakil MBA turut diberi penerangan berkenaan perikanan darat dan spesies-spesies ikan yang dilarang dilepaskan perairan umum.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Bakri bin Miswan, Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Bahagian Biosekuriti Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri dan Cawangan Perikanan Darat.