Pilih satu Halaman

Lawatan Hebei Xinhai Biotechnology CO LTD. Ke Gk Aqua Sdn Bhd dan Sesi Perbincangan Mengenai Potensi Pelaburan Di Dalam Sektor Akuakultur Di Malaysia

Utama » Aktiviti » Lawatan Hebei Xinhai Biotechnology CO LTD. Ke Gk Aqua Sdn Bhd dan Sesi Perbincangan Mengenai Potensi Pelaburan Di Dalam Sektor Akuakultur Di Malaysia

16 Julai 2024

Jabatan Perikanan Malaysia yang diwakili oleh En Luther bin Moghup @ John, Ketua Cawangan Akuakultur Air Tawar, Bahagian Akuakultur, En Kasim Bin Tawe, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Puan Munirah Binti Zainol Abidin, Penasihat Undang-Undang Jabatan Perikanan Malaysia, En Ahmad Faizal Bin Mohamed Omar, Ketua Cawangan Pelaburan dan Perundingan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik hadir di perbincangan mengenai potensi pelaburan di dalam industri akuakultur tempatan.

Salah satu hasil utama kerjasama ini adalah pelaburan di Malaysia untuk membangunkan fasiliti pengeluaran udang yang akan memanfaatkan teknik pengurusan canggih GK AQUA dan akses pasaran oleh Hebei Xinhai, di mana ini akan meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti fasiliti tersebut.

Fasiliti yang bakal dibangunkan juga akan menjana peluang perkerjaan bagi rakyat tempatan di dalam penternakan udang berteknologi tinggi. Di samping itu Hebei Xinhai juga bersedia untuk membeli semua udang yang dihasilkan, memastikan pasaran ekspot yang stabil dan menguntungkan.