Pilih satu Halaman

Program Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS)

Utama » Perkhidmatan » Penguatkuasaan & Perundangan » Program Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS)

Program Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (MCS) oleh Jabatan Perikanan Malaysia adalah mengikut bidang kuasa seperti dalam Akta Perikanan 1985. Ia merupakan salah satu komponen yang berkesan dalam Pengurusan Perikanan (fisheries management).

Perlaksanaan program MCS adalah bagi memastikan pematuhan kepada AKTA PERIKANAN 1985, peraturan dan syarat lesen perikanan serta instrumen antarabangsa seperti FAO Code Of Conduct For Responsible Fisheries (CCRF), 1995.

Ia bertujuan melindungi sumber perikanan negara agar sentiasa mapan bagi menjamin bekalan makanan negara untuk kegunaan semasa dan juga untuk generasi yang akan datang serta menjaga keselamatan nelayan.

Pemantauan melibatkan keperluan yang berterusan melalui pemerhatian, pengutipan, pengukuran dan penganalisaan data dan maklumat aktiviti perikanan.

  • Memantau pendaratan ikan;
  • Sistem Pemantauan Vesel (Vessel Monitoring System);
  • Keperluan laporan (termasuk tangkapan & laporan operasi);
  • Pemeriksaan vesel penangkapan ikan;
  • Pemeriksaan peralatan menangkap Ikan;
  • Melaporkan keperluan penyimpanan;
  • Analisis tangkapan & usaha & laporan perbandingan dengan VMS, pendaratan;
  • Kawalan pendaratan (hanya mendarat di tapak pendaratan dibenarkan);
  • Pengumpulan, pengukuran & analisis aktiviti penangkapan ikan.

Aktiviti yang melibatkan Pemantauan

Kawalan merujuk kepada syarat-syarat peraturan yang khusus (rangka kerja perundangan) di mana eksploitasi, penggunaan dan penyusunan sumber-sumber yang dikawal.

  • Kawalan usaha menangkap ikan melalui pelesenan;;
  • Pendaftaran vesel-vesel menangkap ikan;
  • Keperluan menandakan vesel penangkapan ikan;
  • Kawalan & larangan peralatan & kaedah menangkap ikan;
  • Kawalan pindahkapal;
  • Program pendaftaran nelayan & pengeluaran kad nelayan;
  • Penubuhan zon menangkap ikan & kawasan perlindungan (MPAs);

Aktiviti yang melibatkan Kawalan

Pengawasan melibatkan peringkat dan jenis pemerhatian yang diperlukan untuk mengekalkan kepatuhan terhadap peraturan.

  • Pemeriksaan oleh pegawai perikanan / pegawai berkuasa & pelbagai pihak penguat kuasa di laut;
  • Pengawasan udara & permukaan darat / laut;
  • Penguatkuasaan undang-undang.

Aktiviti yang melibatkan Pengawasan

Perkhidmatan