Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan (FIDTEC) berperanan sebagai pusat sokongan teknikal perkhidmatan pengembangan kepada golongan sasar dan kakitangan Jabatan. FIDTEC juga berperanan dalam menyokong pertumbuhan industri sokongan perikanan (ISP) dengan meningkatkan kemahiran modal insan, bimbingan teknikal, pemindahan teknologi (ToT) serta penghasilan inovasi terkini selari dengan perkembangan semasa. Pengkhususan bidang bagi setiap FIDTEC mengikut lokasi bertujuan membantu industri setempat dalam mendapatkan khidmat nasihat berkaitan projek perikanan yang dijalankan.

FIDTEC | Alamat | Tel / Faks | Faks | Emel | Pengkhususan | Negeri |
---|---|---|---|---|---|---|
Bahagian Pengembangan Perikanan W.P Labuan | Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan, Km 4, Jalan Patau-patau, Peti Surat 81411, 87024 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan | 087- 415 881 | 087-412 885 | labuanfish@dof.gov.my | Pemprosesan hasil tuna | Wilayah Persekutuan Labuan |
Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan Tanjong Sedili | No. 1, Tanjong Sedili, 81910 Kota Tinggi, Johor | 07-891 8009 | 07-891 6798 | dofjohor@dof.gov.my | Enjin sangkut | Johor |
Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan Seberang Takir | Seberang Takir, 21300 Kuala Nerus, Terengganu | 09-662 6153 / 6158 | 09-662 6154 | ppn_trg@dof.gov.my | Peralatan elektronik dan dan keselamatan nelayan | Terengganu |
Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan Bintawa | Pejabat Perikanan Wilayah I, Kuching, Jalan Sultan Tengah, 93050 Santubong, Sarawak | 082-846 629 | 082-846 401 | jpls@dof.gov.my | Peralatan menangkap ikan | Sarawak |
Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan Manjung | Kompleks Perikanan Kg. Acheh 32000 Sitiawan, Perak | 05-691 5311 | 05-691 3010 | pppmjg@dof.gov.my | Pemprosesan produk marin perikanan | Perak |
Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan Lenggong (Pusat Pekasam Negara) | Kg. Kelantan Hulu, Mukim Durian Pipit, 33400 Lenggong, Perak | 05-751 1023 | 05-751 1024 | pejabatperikanan1234@gmail.com | Pemprosesan produk ikan air tawar | Perak |