Pilih satu Halaman

Bahagian Khidmat Pengurusan

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Wisma Tani, Aras 4,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4021

03-8888 9972

Cawangan Pengurusan Aset & Pentadbiran

Aset & Stor:

  1. Menyelaras pengurusan aset alih, aset tak alih dan aset hidup (ikan) di peringkat Jabatan.
  2. Menyelaras keurusetiaan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (Aset Alih dan Fasiliti) di peringkat Jabatan.
  3. Mengurus dan melaksanakan naziran, sesi pemeriksaan aset dan verifikasi stor dan stok peringkat Jabatan.

Pentadbiran:

  1. Menyelaras dan melaksanakan urusan pentadbiran pejabat yang berkaitan dengan pekeliling kemajuan pentadbiran awam seperti urusan fail, dokumen rasmi, kaunter, myPortfolio dan lain-lain.
  2. Menyelaras kelulusan bagi permohonan ke luar negeri urusan persendirian, tuntutan rumah khas jabatan, tuntutan sara ubat, telefon bimbit dan bil telefon, bil-bil pukal dan bil utiliti.
  3. Mengurus dan menyelaras kenderaan jabatan, pemandu, kereta rasmi jabatan, touch and go, kad inden minyak, kenderaan sewaan SPANCO dan pembelian kenderaan gred JUSA.
  4. Menyelaras keselamatan perlindungan dan keselamatan kesihatan pekerjaan.
  5. Menyelaras kontrak sewaan ruang pejabat, mesin fotostat, faksimili, penapis air, pengawal keselamatan dan pembersihan bangunan.
  6. Menyelaras laporan kerosakan ruang Ibu Pejabat dan menyelaras laporan dan permohonan peruntukan penyelenggaraan pejabat dan kuarters.

Cawangan Pengurusan Personel

Perkhidmatan & Perjawatan:

  1. Menyelaras dan melaksanakan urusan berkaitan perkhidmatan, pengisian, pelantikan, penempatan dan persaraan.
  2. Menyelaras kelulusan tanggungkerja, elaun dan kemudahan, saraan, cuti, faedah dan ganjaran.
  3. Merancang pembangunan organisasi dan perjawatan Jabatan.
  4. Menyelaras kajian skim perkhidmatan, kajian elaun dan kemudahan.

Naik Pangkat & Prestasi:

  1. Menyelaras dan mengurusetia pemangkuan dan kenaikan pangkat.
  2. Menyelaras penyediaan sukatan, penggubalan dan pemilihan soalan dan mengurusetiakan peperiksaan Subjek Jabatan dan peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL).
  3. Menyelaras dan mengurusetia Panel Penilaian Sumber Manusia (PPSM), Pengurusan Prestasi, Dasar Pemisah dan Anugerah/Pingat Khidmat Cemerlang.
  4. Mengurusetia Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
  5. Menyelaras KPI Tier 3 dan Tier 4 Jabatan.

HRMIS:

  1. Menyelaras dan melaksanakan kemaskini data HRMIS.
  2. Menyelaras KPI HRMIS bagi pengurusan tertinggi.

Cawangan Pengurusan Kewangan & Perolehan

Kewangan & Akaun:

  1. Menyelaras, mengurus dan menyelia urusan belanjawan Jabatan – peruntukan mengurus.
  2. Menyelaras, mengurus dan menyelia urusan berkaitan arahan bayaran seperti emolumen, kontrak, bayaran bil, pukal, waran udara, panjar wang runcit dan lain-lain tuntutan.
  3. Menyelaras, mengurus dan menyelia urusan berkaitan terimaan dan hasil.
  4. Menyelaras dan memantau urusan kelulusan dan pembayaran bagi pinjaman kenderaan dan komputer pegawai di Jabatan.
  5. Menyelaras keurusetiaan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) secara sukuan di Jabatan.
  6. Melaksanakan auditan dan naziran kewangan termasuk perolehan.

Perolehan:

  1. Mengurus, menyelaras, mengurussetia dan melaksanakan perolehan secara pesanan kerajaan (PO), sebut harga dan tender di Jabatan.
  2. Menyelaras keurusetiaan mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan.
  3. Menyelaras keurusetiaan mesyuarat Pasukan Pelaksana ePerolehan di peringkat Jabatan.

Cawangan Pengurusan Maklumat

Pengurusan Aplikasi :

  1. Merancang dan melaksanakan pembangunan dan perlaksanaan projek aplikasi baru di Jabatan.
  2. Memantau penyelenggaraan Sistem Aplikasi sedia ada di Jabatan.
  3. Memantau perlaksanaan projek-projek ICT dalam Mesyuarat Jawatankuasa ICT (JPICT) Jabatan.
  4. Pemantauan projek Intergrasi dengan agensi.
  5. Memantau dan memastikan Pelan Strategik Teknologi Maklumat bagi Jabatan dilaksanakan selaras dengan pelan strategik Jabatan.
  6. Mengurus perolehan Sistem Aplikasi.
  7. Mengurusetiakan dan melaksanakan MesyuaratJawatankuasa Pemandu ICT.

Rangkaian & Keselamatan ICT :

  1. Melaksana dan memantau rangkaian 1Gov*Net di Jabatan.
  2. Mengurus, menyelenggara dan naiktaraf rangkaian LAN, WIFI Jabatan.
  3. Mengurus pembangunan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan pemantauan keselamatan ICT dan menjalankan tugas sebagai ICTSO Jabatan.
  4. Mengurus pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan perkakasan fizikal server dan virtual server Pusat data Jabatan.
  5. Mengurus pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan perkakasan keselamatan ICT dan rangkaian di Pusat Data Jabatan.
  6. Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan emel MyGovUC dikalangan kakitangan Jabatan.
  7. Mengurus dan mengemaskini Polisi Keselamatan Siber.
  8. Mengurusetiakan dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Jabatan.

Operasi Teknikal & Laman Web :

  1. Merancang kursus dan latihan ICT kepada warga DOF.
  2. Merancang perolehan peralatan ICT secara sewaan bagi Ibu Pejabat, PPN,PPD dan Pusat.
  3. Mengurus aset dan inventori ICT.
  4. Mengurus dan menyelaras pelupusan infrastruktur ICT.
  5. Memantau dan melaksanakan bantuan sokongan teknikal Peralatan ICT.
  6. Menyelenggara dan mengemaskini kandungan serta memberi sokongan teknikal ke atas Laman Web Rasmi Jabatan.
  7. Mengurusetiakan dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT.