Pilih satu Halaman

myKomuniti Perikanan (myKP)

Utama » Perkhidmatan » Pengembangan Perikanan » myKomuniti Perikanan (myKP)

Program myKomuniti Perikanan (myKP) merupakan program berkonsepkan komuniti perikanan setempat yang menjalankan aktiviti pengurusan sumber perikanan, perikanan tangkapan, akuakultur, industri asas tani perikanan, industri sokongan perikanan termasuk agropelancongan dan perikanan rekreasi.

Program ini telah dilancarkan pada 4 Disember 2017 oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang merupakan program utama Jabatan Perikanan dalam pembangunan kumpulan sasar. Program ini menyokong kepada jaminan sekuriti makanan negara dan penjanaan pendapatan kumpulan sasar. Sehingga Disember 2021, sebanyak 190 myKP telah ditubuhkan di seluruh negara.

Permohonan dan Kelulusan:

  1. myKP hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang ahli dalam kalangan komuniti perikanan.
  2. Komuniti Perikanan hendaklah membuat permohonan pendaftaran penubuhan myKP melalui Pejabat Perikanan Daerah menggunakan Borang Pendaftaran – Borang myKP 01/2022.
  3. Pendaftaran MyKP dilaksanakan di Pejabat Perikanan Negeri menggunakan kod pendaftaran negeri masing-masing.
  4. Pengarah Perikanan Negeri akan meluluskan penubuhan myKP melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan Negeri.

Permohonan Projek:

  1. Permohonan dibuat dan diluluskan melalui Jawatankuasa SPeKS Pengembangan Perikanan.

Perkhidmatan