
Apa Itu Taman Laut?
“Taman laut” atau rizab laut” ertinya mana-mana kawasan atau sebahagian daripada kawasan di perairan perikanan Malaysia yang ditetapkan sebagai taman laut atau rizab laut di bawah Bahagian IX Akta Perikanan 1985 bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam Bahagian itu.
Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh
- satu (1) batu nautika dari tikas air surut terendah bagi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan.
- dua (2) batu nautika dari tikas air laut terendah (30 pulau),
- tiga (3) batu nautika bagi 15 buah pulau di Johor dan empat (4) buah batuan iaitu Tokong Gantang, Tokong Condong, Tokong Belalai dan Tokong Chupak.
- satu (1) batu nautika dari tikas air pasang biasa bagi Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol di Negeri Melaka.
Hari ini, perairan di 56 pulau-pulau di Malaysia telah digazetkan sebagai Taman Laut. Pulau-pulau itu adalah seperti berikut:
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu


Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) dibina oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan diuruskan oleh Pejabat Perikanan Negeri. Ia merupakan pusat informasi, pembelajaran, tempat perlindungan, penetasan dan penyelidikan mengenai penyu. Pusat ini juga turut dijadikan pusat rawatan bagi penyu-penyu yang dijumpai terdampar dan tercedera sebelum dilepaskan semula ke laut.
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihara penyu:
- Jangan makan telur penyu
- Jangan ganggu penyu yang sedang bertelur
- Jangan ganggu anak penyu yang menetas merangkak ke laut
- Jangan beli kraftangan/cenderamata yang dibuat daripada penyu
- Jangan buang sampah ke pantai/laut/sungai
- Jangan buang jaring/pukat/pancing ke dalam laut
- Sokong aktiviti pemuliharaan penyu yang dijalankan di Malaysia
- Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talin 03-8888 5019 sekiranya terdapat penyu terdampar
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu mula ditubuhkan sejak tahun 1985. Terdapat enam (6) buah pusat dan satu (1) ruang pameran Penyu di seluruh semenanjung Malaysia iaitu:
Santuari
Santuari atau kawasan perlindungan/konservasi merupakan ruang yang ditentukan sempadan geografi dengan jelas, diperakui, didedikasikan dan dikelola dari segi undang-undang mahupun kaedah lain yang efektif, untuk mencapai tujuan pelestarian alam jangka panjang, lengkap dengan fungsi-fungsi ekosistem dan nilai-nilai budaya yang terkait.
Merujuk kepada IUCN, santuari perikanan darat adalah di bawah senarai yang ke-iv iaitu Kawasan Pengurusan Habitat/Spesies (Habitat/Species Management Area) iaitu kawasan daratan atau lautan yang diintervensi atau dikelola secara aktif untuk memelihara fungsi-fungsi habitat atau untuk memenuhi keperluan spesies tertentu.
Santuari Perikanan terletak di seluruh semenanjung Malaysia iaitu:













