Caj Pemuliharaan
Pengunjung-pengunjung ke Taman-taman Laut Malaysia dikehendaki membayar Caj Pemuliharaan. Ini adalah selaras dengan Akta Fi 1951, Perintah Fi (Taman Laut Malaysia) 2017. Hasil dari kutipan merupakan hasil kerajaan yang dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Taman Laut dan Rizab Laut yang akan digunakan untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan Taman-taman Laut bagi menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung. Kadar dan kategori adalah seperti berikut:
Pemegang MYKAD | Bukan Pemegang MYKAD | |
---|---|---|
Dewasa | RM 5.00 | RM 30.00 |
Kanak – Kanak (berumur 6-12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas | RM 2.00 | RM 15.00 |
Orang Kurang Upaya (OKU) | Percuma | Percuma |
Pengecualian diberikan kepada semua penduduk yang bermastautin di pulau-pulau yang dikelilingi oleh Taman Laut.
Kadar Fi
Bil. | Jenis Aktiviti | Kadar Fi |
---|---|---|
1. | Berkhemah | RM 10.00 satu malam bagi setiap tapak (Terhad kepada empat (4) orang) |
2. | Kajian | RM 200.00 bagi setiap kajian dan deposit RM 500.00 |
3. | Penggambaran komersial / dokumentari | RM 100.00 sehari bagi setiap penggambaran |
4. | Selam skuba | RM 150.00 sebulan bagi setiap pengusaha |
5. | Pelayaran/bermudik | RM 100.00 sekali masuk bagi setiap kapal layar/kapal peranginan |