Pilih satu Halaman

Sistem Penyampaian & Khidmat Sokongan Pengembangan (SPeKS)

Utama » Perkhidmatan » Pengembangan Perikanan » Sistem Penyampaian & Khidmat Sokongan Pengembangan (SPeKS)
  1. SPeKS pengembangan merangkumi program pengembangan di bawah peruntukan Jabatan Perikanan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) antaranya program myKomuniti Perikanan (myKP), myAgropreneur Perikanan (myAP), Program Agropreneur Muda (PAM), Program Inkubator Pengembangan (PIP), Geran Agropelancongan, Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP)/ High Impact Products (HIP), Program Mekanisasi & Automasi Perikanan, Program Pembangunan Perikanan Laut dalam & Tuna.
  2. SPeKS pengembangan berfungsi untuk meluluskan program dibawah peruntukan Jabatan Perikanan, manakala bagi program dibawah MAFI, jawatankuasa ini hanya mengesyorkan untuk kelulusan jawatankuasa induk MAFI.
  3. Khidmat sokongan pengembangan merupakan aktiviti yang menyokong pelaksanaan program pengembangan merangkumi:
    • Khidmat nasihat;
    • Latihan sangkut;
    • Lawatan sambil belajar;
    • Kursus, seminar dan bengkel; dan
    • Informasi dan promosi.
  4. Kelayakan dan syarat permohonan pemohon bagi program dibawah peruntukan jabatan adalah seperti berikut:
    • Individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
    • Boleh membaca, mengira dan menulis;
    • Pemohon digalakkan mengikuti program latihan/ kursus/ bengkel dan bimbingan teknikal yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia meliputi aspek teknikal, pengurusan, kewangan, motivasi dan pemasaran.
    • Keutamaan kepada individu/komuniti yang mempunyai entiti perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada di bawah Akta Syarikat 1995 (Akta 125) atau Enterprise yang diperbadankan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).
    • Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang sedang berkecimpung dalam aktiviti-aktiviti seperti yang digariskan di bawah skop program sekurang-kurangnya melebihi tempoh enam  (6) bulan.
    • Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang mempunyai status pemilikan tanah yang sah dan premis berasingan bagi maksud menjalankan aktiviti yang dipohon.
    • Pemohon dikehendaki mempunyai Rancangan Perniagaan.
  5. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan mengikut program yang dimohon dan memenuhi syarat-syarat tambahan bagi setiap program seperti yang ditetapkan di dalam Garis Panduan Pelaksanaan program berkenaan.

Perkhidmatan