Pilih satu Halaman

Pejabat Undang-Undang

Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Pejabat Undang-Undang

Pejabat Undang-Undang

Wisma Tani, Aras 2, Podium 2,
Blok Menara 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62628 PUTRAJAYA

03-8870 4695

03-8889 2180

Latar Belakang

Pejabat Undang-Undang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat perundangan kepada Jabatan dalam perkara berkaitan pemuliharaan, pengurusan dan pemajuan sektor perikanan di Malaysia. Kedudukannya terus di bawah Ketua Pengarah Perikanan sebagaimana lazim bagi sesebuah organisasi.

Pejabat Undang-Undang di Jabatan mempunyai seramai 10 orang yang terdiri daripada 5 orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta 5 orang kakitangan Kumpulan Sokongan.

Sekitar tahun 1990an Pejabat ini pernah dikenali sebagai Cawangan Perundangan sebelum diberi nama baru sebagai Pejabat Undang-Undang selaras dengan kelulusan naik taraf perjawatan dalam Jabatan. Pegawai dan kakitangan di Pejabat ini turut terlibat dinaikkan gred N17 kepada gred N19, gred G17 kepada gred fleksi G19/22 (TBK), gred G22 kepada gred G26, gred G27 kepada gred G29, gred G41 kepada gred fleksi 41/44, manakala gred L48 kepada gred fleksi L48/L52.

Bagi tujuan pengendalian kes-kes pendakwaan di mahkamah, Pejabat ini turut dibantu oleh pegawai pendakwa yang dilantik di setiap negeri dan daerah.

Pejabat ini diterajui oleh seorang Penasihat Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara. Selain menasihati Jabatan dari aspek perundangan, Penasihat Undang-Undang juga bertanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam menjalankan pendakwaan dan prosiding di Mahkamah. Senarai Penasihat Undang-Undang yang pernah berkhidmat di Pejabat ini seperti yang berikut:

BilNamaTempoh
1YA Pn. Harbans KuarEra 1989
2YA Pn. Nurmala binti Salim1991 & 1992
3YA Abang Iskandar bin Abang Hashim1993 & 1994
4YA Pn. Norfini binti Saad1994 hingga Disember 1995
5YA Pn. Azizah binti Nawawi1996 & 1997
6YAA Datuk Noradidah binti Ahmad1998 hingga Disember 2000
7YA Tn. Wan Jeffry bin KassimOgos 2001
8YBrs Tn. Mohd Ghazali bin Mohamad TaibSeptember 2001 hingga 30.1.2008
9YA Pn. Nik Asma Anita binti Makhtar16.9.2008 hingga 31.3.2011
10YA Pn. Hazeelia binti MuhammadMei 2011 hingga 31.3.2015
11YA Pn. Khairunnisa Hazwani binti Omar1.4.2015 hingga 1.1.2021
12YA Tn. Mohammad Khalilul Ridha bin Abd. Ghani4.1.2021 – 15.9.2021
13YA Pn. Munirah binti Zainol Abidin15.9.2021 – kini

Objektif

Pejabat Undang-Undang beriltizam untuk memberi perkhidmatan perundangan dengan cekap dan berkualiti mengikut undang-undang dengan adil dan saksama.

Fungsi

  1. Menjadi sumber rujukan kepada Jabatan berkenaan aspek perundangan.
  2. Memberi khidmat nasihat, pandangan dan ulasan dalam bidang undang-undang domestik dan antarabangsa kepada Jabatan.
  3. Memberikan arahan pendakwaan khususnya penentuan kompaun bagi kesalahan di bawah bidang kuasa perundangan Jabatan.
  4. Menjalankan pendakwaan atau rayuan kes mahkamah ke atas semua kes kesalahan yang tidak dikompaun di bawah bidang kuasa perundangan Jabatan.
  5. Menyemak instrumen dan dokumen perundangan sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa seperti perjanjian, memorandum persefahaman, nota kerjasama, surat cara, deklarasi dan jointcommuniqué melibatkan Jabatan dengan kumpulan sasar atau pihak-pihak lain yang berkaitan bagi menjaga kepentingan Kerajaan.
  6. Menyemak draf rang undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan perikanan.
  7. Merancang, menyelaras atau mengendalikan latihan kemahiran dan kursus untuk kakitangan berkaitan perundangan perikanan.
  8. Melaksanakan audit terhadap pengurusan isu perundangan di bawah bidang kuasa Jabatan di seluruh negara.
  9. Mengambil bahagian di dalam program simposium, seminar, rundingan, konvensyen, kolokium, webinar dan aktiviti yang berkaitan dengan aspek perundangan perikanan di peringkat domestik dan antarabangsa.
  1. Mengeluarkan arahan lanjut / keputusan kes dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan kertas siasatan.
  2. Mengeluarkan arahan lanjut / meluluskan instrumen dan dokumen perundangan melibatkan Jabatan yang disemak seperti perjanjian, memorandum persefahaman, nota kerjasama, surat cara dalam tempoh 14 hari bekerja.
  3. Memberi nasihat undang-undang berkualiti dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dan maklumat yang lengkap.
  4. Mengendalikan sesuatu tindakan guaman bagi pihak atau terhadap Kerajaan Malaysia dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bekerja dari tarikh arahan diterima.
  5. Memastikan semakan draf undang-undang disiapkan dalam masa 21 hari bekerja selepas isu perundangan dan dasar diselesaikan.
  6. Menyemak instrumen dan dokumen antarabangsa seperti perjanjian, memorandum persefahaman, deklarasi dan jointcommuniqué dalam tempoh 14 hari bekerja dan bagi instrumen dan dokumen antarabangsa yang lebih kompleks, dalam tempoh 30 hari bekerja.
  7. Mengemukakan hasil dapatan penyelidikan secara menyeluruh, berkualiti dan profesional dalam masa yang ditetapkan oleh pelanggan. Jika tiada masa ditetapkan, tidak melebihi 3 bulan.