Pilih satu Halaman

Pembangunan Usahawan/My Agropreneur Perikanan (myAP)

Utama » Perkhidmatan » Pengembangan Perikanan » Pembangunan Usahawan/My Agropreneur Perikanan (myAP)

myAgropreneur Perikanan (myAP)

myAP adalah program pembangunan usahawan perikanan dibawah bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia yang memberi tumpuan kepada pelaksanaan program keusahawanan di sepanjang rantaian nilai sektor perikanan seperti pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan industri sokongan perikanan termasuk agropelancongan serta perikanan rekreasi.

Program Rezeki Tani adalah program dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) khusus untuk pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan bagi kumpulan sasar berstatus miskin tegar atau miskin dalam sistem e-Kasih atau berstatus terkeluar dalam sistem e-Kasih dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,614.00.

Maklumat lanjut berkaitan dengan Program Rezeki Tani: https://www.mafi.gov.my/program-rezeki-tani

Geran Agropelancongan dipertimbangkan kepada pusat agropelancongan swasta dan kerajaan yang melaksanakan aktiviti pelancongan berkaitan sektor pertanian iaitu berasaskan tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani (IAT) dan kraftangan.

Maklumat lanjut berkaitan dengan Program Agropelancongan: https://www.mafi.gov.my/geran-interaktif

Program Agropreneur Muda diwujudkan untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ia bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri makanan dan asas tani.

Maklumat lanjut berkaitan dengan Program Agropreneur Muda: https://www.mafi.gov.my/agropreneur-muda

Geran Pemadanan CUP merupakan program yang dipertimbangkan kepada usahawan industri makanan dan asas tani dalam Kategori Mikro yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan di bawah RM300,000. Geran ini menggunakan peruntukan Program Pembangunan Usahawan Pertanian dan Industri Makanan yang disalurkan kepada Jabatan/Agensi.

Geran pemadanan HIP ini merupakan program yang dipertimbangkan kepada usahawan IAT di Tahap Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) 4 dan 5 iaitu usahawan yang memperoleh nilai jualan tahunan antara RM300,000 hingga RM15,000,000.

Maklumat lanjut berkaitan Geran Pemadanan: https://www.mafi.gov.my/geran-pemadanan

Perkhidmatan