YB Datuk Joseph Arthur Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke pejabat WorldFish bagi meninjau fasiliti dan pusat pembenihan ikan Tilapia Genetically Improved Farmed Tilapia (GIFT).
Kehadiran beliau disambut oleh Dr. Essam Yassin Mohammed, Director General of WorldFish bersama pengurusan tertinggi.
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bekerjasama dengan WorldFish dalam projek tilapia GIFT untuk meningkatkan pengeluaran akuakultur melalui penghasilan induk dan anak benih yang dihasilkan melalui kaedah penambahbaikan genetik. Kerjasama pintar ini memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan akuakultur yang semakin meningkat dan membantu dalam mengurangkan kos pengeluuaran perikanan.
Dalam lawatan ini, pihak Worldfish telah menyumbangkan 20,000 ekor anak benih ikan tilapia GIFT bernilai RM200,000 kepada Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Bukit Tinggi, Pahang.
Turut hadir sama, YBrs. Dr Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, Puan Zarina binti Zainuddin, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang serta pegawai-pegawai perikanan dan Worldfish.