Pilih satu Halaman

Permohonan Kelulusan Pengimportan Induk Udang Hidup ke dalam Negara

Utama » Perkhidmatan » Import & Eksport » Permohonan Kelulusan Pengimportan Induk Udang Hidup ke dalam Negara
  • “Bahagian Biosekuriti Perikanan” ertinya satu Bahagian yang berpusat di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia yang bertanggungjawab dan kompeten untuk melaksanakan program kawalan rasmi, analisis rasmi dan jaminan rasmi bagi ikan dan hasilan ikan.
  • “Jabatan Perikanan Malaysia” ertinya Pihak Berkuasa Kompeten di Malaysia yang menguruskan aktiviti perikanan, akuakultur dan pengesahan selamat dimakan ikan dan hasilan ikan.
  • “Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN)” ertinya pejabat Bahagian Biosekuriti Perikanan di peringkat negeri.
  • “Pengarah Perikanan Negeri (PPN)” ertinya Ibu Pejabat Jabatan Perikanan di peringkat negeri.
  • “Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia’’ (MAQIS) ertinya Jabatan di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang mengeluarkan permit import induk atau benih udang hidup.
  • “Sijil myGAP” ertinya Sijil Amalan Pertanian Baik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia kepada pengusaha atau penternak akuakultur.
  • “Kebenaran import” ertinya jumlah bilangan induk udang atau benih yang diluluskan untuk dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia pada tahun semasa.
  • “Pembekal” ertinya hatcheri, ladang, premis atau syarikat di luar negara yang membekal atau mengeksport induk udang hidup ke Malaysia.
  • “Permohonan pembaharuan kebenaran import” ertinya permohonan untuk meyambung kelulusan kebenaran import yang terdahulu setelah tamat tempoh pada tahun semasa.

Pada tahun 2017, Malaysia telah merekodkan import induk udang laut hidup sebanyak 18,164 ekor berbanding kebenaran import induk udang yang diluluskan sebanyak 73,050 ekor. Spesies induk udang yang diimport terdiri dari udang harimau, udang putih dan udang galah. Tujuan Induk udang
dibawa masuk ke Malaysia kerana sumber induk udang terutamanya udang putih di negara ini adalah terhad. Kebanyakan induk yang diimport adalah bagi tujuan pembenihan dan hanya sedikit sahaja untuk tujuan kajian.

Seperti sedia maklum, import udang hidup ke Malaysia adalah dilarang kecuali mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah Perikanan. Kelulusan kebenaran mengimport induk udang hidup hanya sah bagi tempoh satu (1) tahun sahaja dan boleh diperbaharui untuk setiap tahun jika pengimport masih berminat namun perlu mengemukakan permohonan baharu.

  • Sebagai garis panduan utama Jabatan berkaitan prosedur import udang hidup ke Malaysia.
  • Sebagai garis panduan bagi pengimport berkaitan prosedur import udang hidup ke Malaysia.
  • Memudahkan urusan dan maklumat data-data import udang hidup ke Malaysia.
  • Memastikan kelulusan import udang hidup ke Malaysia adalah telus dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Prosedur ini terpakai kepada semua Pegawai Perikanan yang diturunkan kuasa oleh Ketua Pengarah Perikanan (KPP) di bawah Seksyen 3 (4) Akta Perikanan 1985 (Akta 317).

SOP ini hanya merangkumi prosedur bagi import udang hidup spesies udang harimau, udang putih dan udang galah termasuk induk dan benih.

  • Akta Perikanan 1985 (Akta 317), Bahagian V (Permit, Lesen dan Perakuan), Seksyen 11 Keperluan bagi permit, Lesen dan Perakuan, Seksyen 12, Permohonan bagi permit, lesen dan perakuan, Seksyen 15 Syarat import dan eksport
  • Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)
  • Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686)
  • Arahan Akuakultur Bit.1 tahun 2015 (Pindaan) Dasar Jabatan Perikanan Malaysia berkaitan import/eksport/angkut udang hidup
  • Polisi Import dan Eksport Ikan Hidup Jabatan Perikanan Malaysia tahun 2016
  • Prosedur Kelulusan Import Udang Hidup ke Dalam Negara
    • Prosedur ini terpakai bagi kategori Import Udang Hidup:-
      1. Induk udang (broodstock)
      2. Benih udang (Shrimp fry-PL dan nauplii)
      3. Spesis Udang Hidup yang terlibat:
        • Udang harimau (Penaeus monodon)
        • Udang putih (Penaeus vannamei)
        • Udang galah (Macrobrachium rosenbergii)
  • Hatcheri pengimport hendaklah berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia dan diluluskan Pensijilan myGAP atau FQC kecuali bagi tujuan penyelidikan oleh institusi penyelidikan.
  • Pemohon perlu berdaftar dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Perikanan sebagai pengimport.
  • Import udang hidup hanya dibenarkan dari Hatcheri atau Pusat Penetasan Luar negara yang diluluskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Bilangan induk atau benih yang diimport bergantung kepada kebenaran import yang diluluskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kelulusan kebenaran import udang hidup sah untuk tempoh satu (1) tahun kalendar sahaja.
  • Permohon kelulusan pembaharuan kebenaran import udang hidup perlu mengikut prosedur yang sama seperti permohonan pertama kali mengimport.
  • Membawa masuk udang hidup ke Malaysia memerlukan permit import dari MAQIS/ JPLS/ Jabatan Veterinar Sarawak/ DOF Sabah dan perlu pemeriksaan konsainan di Pintu Masuk yang sah.
  • Merujuk kepada Carta Alir Prosedur Kelulusan Import Udang ke Dalam Negara – LAMPIRAN A.
  • Bagi permohonan mengimport induk udang dari sumber yang belum mendapat kelulusan Jabatan Perikanan Malaysia sila rujuk Carta Prosedur Kelulusan Import Udang ke Dalam Negara (Jika Pembekal Belum Diluluskan Oleh Jabatan) – LAMPIRAN B.
  • Permohonan hendaklah menggunakan surat rasmi dengan format (LAMPIRAN C) dan borang yang dilengkapi dengan senarai semak (LAMPIRAN D) dan disertakan dengan dokumen-dokumen berikut (Sila rujuk tajuk Borang dan Dokumen untuk muat turun dokumen berkenaan):
    • Borang yang lengkap BPUH 01 oleh pengimport – (LAMPIRAN E)
    • Salinan pendaftaran hatcheri pengimport
    • Salinan sijil myGAP/ FQC hatcheri pengimport
    • Salinan pendaftaran sebagai pengimport
    • Pemeriksaan, laporan dan perakuan oleh Pejabat Perikanan Negeri (Borang BPUH 02)- (LAMPIRAN F).
    • Salinan kelulusan kebenaran import atau sijil kelulusan Hatcheri pengeksport dari Jabatan Perikanan Malaysia.
    • Salinan pendaftaran Hatcheri/pembekal oleh Competent Authority (CA) negara pengeksport
    • Salinan perakuan/sijil hatcheri pengeksport di bawah kawalan/perakuan sumber induk dari zon bebas penyakit yang disenarai OIE oleh Competent Authority (CA) negara pengeksport.
    • Latarbelakang syarikat pembekal (sumber induk atau benih) dan maklumat operasi.
    • Salinan Sijil kesihatan induk udang dari hatcheri pembekal oleh Competent Authority (CA) Negara pengeksport.
    • Maklumat Specific Pathogen Free (SPF) bagi udang hidup secara terperinci dari syarikat pembekal.
    • Keputusan analisis penyakit di dalam senarai OIE dari syarikat pembekal.
    • Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Polisi Biosekuriti syarikat pembekal.
    • Gambar-gambar/katalog kemudahan kuarantin induk udang hidup dari syarikat pembekal.
  • Pembatalan Kelulusan Mengimport Udang Hidup
    • Kelulusan kebenaran mengimport udang hidup akan terbatal jika;
      1. Pengimport gagal membuat permohonan untuk menyambung kelulusan setelah tempoh sah kelulusan kebenaran import tamat. Permohonan membaharui kelulusan perlu dibuat selewat-lewatnya 3 bulan sebelum kelulusan terdahulu tamat.
      2. Pengimport tidak mematuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan di dalam surat kelulusan.
  • Permohonan akan diterima oleh Pengarah Perikanan Negeri dan disemak berpandukan kepada senarai semak dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan dimaklumkan kepada pemohon dengan sebab-sebab penolakan. Pemohon perlu memohon semula kepada Pengarah Perikanan Negeri sekiranya masih berminat memohon.
  • Bagi permohonan yang lengkap, Pejabat Perikanan Negeri akan membuat pemeriksaan di hatcheri/ladang untuk tujuan laporan dan pengesyoran jumlah kebenaran import induk udang menggunakan borang BPUH-02 (LAMPIRAN F) dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Permohonan yang lengkap dan laporan pemeriksaan dimajukan kepada;

Pengarah
Bahagian Biosekuriti Perikanan
Aras 3, Blok Podium 2, Blok 4G2
Jabatan Perikanan Malaysia,
62628, PUTRAJAYA

  • Permohonan yang lengkap akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Import Udang Hidup (JTIUH) yang dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti akan diadakan untuk meneliti dan mengesyorkan jumlah kebenaran import
  • bagi permohonan tersebut.
  • Mesyuarat JTIUH akan mengesyorkan kepada Ketua Pengarah Perikanan untuk kelulusan kebenaran import udang hidup.
  • Bagi tujuan audit pembekal baru di luar negara, kertas kerja untuk tujuan audit perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perikanan untuk tujuan kelulusan.
  • Auditor yang telah dilantik akan menjalankan pengauditan ke atas pembekal di luar negara tersebut dan seterusnya menyediakan laporan dalam tempoh 10 hari bekerja. Mana-mana pembekal yang mempunyai ketidakpatuhan semasa audit perlu membuat pembetulan dalam tempoh yang telah dipersetujui dengan auditor.
  • Hanya pembekal di luar negara yang mematuhi keperluan audit akan dibentang di dalam mesyuarat JPJP untuk kelulusan.
  • Bahagian Biosekuriti Perikanan akan mengeluarkan sijil kelulusan membekal induk udang hidup kepada pembekal di luar negara yang telah diluluskan setelah dipersetujui di dalam mesyuarat JPJP. Tempoh sah sijil adalah selama lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan.
  • Hatcheri/ladang yang memohon untuk mengimport udang hidup perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia menggunakan borang ARF Version 1,2017 (LAMPIRAN H).
  • Pengimport udang hidup hendaklah berdaftar dan diluluskan sebagai pengimport oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menggunakan borang ARF Version 1,2017 (LAMPIRAN H).
  • Pemohon perlu mendaftar dan memohon permit import melalui sistem epermit MAQIS / JPLS / Jabatan Veterinar Sarawak / Jabatan Perikanan Sabah sebelum induk dibawa masuk ke Malaysia.
  • Tempoh masa kuarantin bagi udang hidup yang diimport adalah selama 14 hari bermula dari tarikh masuk.
  • Air yang digunakan untuk membawa udang hidup perlulah dirawat dan direkod sebelum dilepaskan ke perairan umum.
  • Senarai pembekal (hatcheri) luar negara yang diluluskan untuk membekal induk udang SPF ke Malaysia adalah seperti di dalam tajuk di bawah. (Sila rujuk tajuk Senarai pembekal (hatcheri) luar negara yang diluluskan untuk membekal induk udang SPF ke Malaysia).
  • Pengimport perlu menjalankan own-check penyakit yang berkaitan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam (6) bulan bagi memastikan udang hidup adalah bebas penyakit.
  • Pengimport perlu mempunyai pengurusan dan rekod kemasukan udang hidup setiap kali diimport ke dalam negara.
  • Induk udang hidup yang diimport hanya boleh digunakan untuk kegunaan sendiri dan tidak dibenarkan untuk dijual kepada pihak lain atau dilepaskan ke perairan umum. Induk yang telah digunakan hendaklah dilupuskan dan direkod.
  • Benih udang yang dihasilkan dari induk yang diimport boleh dijual untuk tujuan akuakultur tetapi tidak dibenarkan untuk dilepaskan ke Perairan umum kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
  • Induk udang hidup yang diimport hendaklah bebas daripada penyakit-penyakit yang tersenarai di bawah OIE Listed Diseases. (Sila rujuk tajuk Penyakit-penyakit yang tersenarai di bawah OIE Listed Diseases.)
  • Ahli Jawatankuasa terdiri daripada:
    • Pengerusi: Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan
    • Ahli:
      • Bahagian Pembangunan Akuakultur
      • Bahagian Perancangan dan Antarabangsa
      • FRI Pulau Sayak
      • FRI Gelang Patah
      • Cawangan Kesihatan Ikan dan Awam
      • Cawangan Audit, Pensijilan dan CITES
    • Urusetia: Cawangan Standard dan Perkhidmatan Makmal
  • Menetapkan prosedur bagi import udang hidup.
  • Menyemak semula prosedur bagi import udang hidup.
  • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Import Udang Hidup.
  • Penentuan jumlah kelulusan kebenaran import udang hidup dan rekod kemasukan sebenar adalah di bawah Bahagian Pembangunan Akuakultur berpandukan Arahan Akuakultur Bil.1/2015 dan Bahagian Penyelidikan Perikanan.
  • Mempertimbangkan permohonan import udang berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
  • Mengesyorkan kepada Ketua Pengarah Perikanan bagi jumlah kelulusan kebenaran import udang hidup kepada pemohon yang memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan.
  • Membincangkan isu-isu berkaitan permohonan import udang hidup.
  1. Kelulusan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat import yang telah ditetapkan dan Bahagian Biosekuriti Perikanan/Jabatan boleh membatalkan suatu kelulusan kebenaran import sekiranya pengimport ;
    • Membawa masuk udang hidup dari pembekal di luar negara yang belum mendapat kelulusan Jabatan Perikanan Malaysia.
    • Membawa masuk udang hidup melebihi kelulusan kebenaran impor yang dibenarkan.
    • Tidak mematuhi sebahagian atau kesemua prosedur import sedia ada dan melebihi tempoh kelulusan import.
    • Didapati menjual induk udang kepada hatcheri lain atau perseorangan dan bukan untuk kegunaan sendiri.
    • Membawa masuk udang hidup secara transit melalui mana-mana negara dan tidak terus dari negara asal.
    • Tidak mengambil langkah-langkah menyediakan kemudahan biosekuriti seperti “foot bath, vehicle dipping”, pemasangan tangki induk serta kuarantin selama 14 hari selepas import induk udang.
    • Gagal memohon permit import dari MAQIS / JPLS / Jabatan Veterinar Sarawak/ DOF Sabah dan memaklumkan MAQIS / JPLS / Jabatan Veterinar Sarawak / DOF Sabah di pintu masuk satu (1) hari sebelum hari import sebenar bagi pemeriksaan konsainan di lapangan terbang.
    • Tiada pemeriksaan konsainan dijalankan 100% secara visual semasa ketibaan.
  2. Tidak membenarkan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia untuk memasuki premis syarikat pada bila-bila masa bagi tujuan pemantauan.
  3. Tidak menyediakan rekod terperinci pengimportan udang hidup seperti rekod kemasukan, rekod kematian (mortality record), rekod pelupusan dan rekod pengeluaran benih.
  4. Didapati melepaskan induk udang yang diimport ke perairan umum atau melepaskan benih (PL) dari induk yang diimport ke perairan umum tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.
  5. Tidak memaklumkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia mengenai bilangan sebenar udang hidup yang telah dibawa masuk ke Malaysia bagi tujuan pemantauan.
  6. Tidak mematuhi Iain-lain syarat yang akan ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
  7. Pihak Jabatan Perikanan Malaysia pada bila-bila masa boleh menarik balik kelulusan import udang hidup sekiranya didapati syarikat menyalahgunakan kelulusan yang diberikan (rujuk item 1 di atas).
  8. Pejabat Perikanan Negeri hendaklah menjalankan satu penyiasatan dalam tempoh 48 jam selepas penerimaan maklumat untuk mengesahkan kesahihan maklumat yang diterima bagi tujuan pembatalan kelulusan kebenaran import. Sekiranya hasil siasatan membuktikan maklumat yang diterima adalah benar maka Pejabat Perikanan Negeri boleh mengesyorkan pembatalan kelulusan kebenaran import tersebut kepada Bahagian Biosekuriti Perikanan Putrajaya.
  9. Bahagian Biosekuriti Perikanan menerima laporan dari Pejabat Perikanan Negeri untuk dibentangkan di dalam mesyuarat JTIUH untuk keputusan pembatalan kelulusan kebenaran import dan surat keputusan pembatalan akan dimaklumkan kepada pengimport yang berkaitan.
  • Fail/Dokumen sijil perlu disimpan di tempat yang selamat seperti arahan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 / 2007 Panduan Pengurusan Pejabat.
  • Salinan surat kelulusan dan dokumen berkaitan perlu difailkan mengikut negara pengeksport.
  • Data-data pengimportan udang hidup akan dimasukan ke dalam Microsoft Access 2010 untuk tujuan rekod.
  • Fail yang melebihi 20 tahun akan dilupuskan mengikut peruntukan dibawah Seksyen 44, Akta Arkib Negara, 1966.

Standard Operasi Piawai (SOP) ini berkuatkuasa mulai 01 Februari 2019.

  • Berdasarkan arahan Akuakultur Bil1/2015, penentuan kuota Import Induk udang dari luar Negara adalah seperti berikut:
    • Import induk Udang Putih (Penaeus vannamei) ke negara ini adalah DILARANG, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Perikanan. Kuota yang dibenarkan tidak melebihi 6 ekor bagi 1 tan tangki pengeluaran.
    • Import induk Udang Harimau (Penaeus monodon) ke negara ini adalah DILARANG, kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah Perikanan. Kuota yang dibenarkan sebanyak 2 ekor bagi 1 tan tangki pengeluaran.
  • Senarai pembekal (hatcheri) luar negara yang diluluskan untuk membekal induk udang SPF ke Malaysia seperti berikut:
Bil.NegaraPusat PenetasanSpesis
1.MadagascarAquaculture (Aquaculture de La Mahajamba) / Aqualma (Uni Group)Penaeus monodon
2.ThailandCharoen Pokphan (CP)Penaeus monodon,
Penaeus vannamei
3.ThailandAquafeed Bussiness Co. Ltd (CP Group)Penaeus vannamei
4.ThailandSyAqua Co. Ltd, PhuketPenaeus vannamei
5.Amerika Syarikat (USA)Kona Bay ResourcesPenaeus vannamei
6.IndonesiaPT Bibit Unggul, LombokPenaeus vannamei
7.Amerika Syarikat (USA)Primo Broodstock LLCPenaeus vannamei
8.Amerika Syarikat (USA)American Penaeid IncPenaeus vannamei
9.Amerika Syarikat (USA)SIS Islamorada, FloridaPenaeus vannamei
PenyakitSpesies
Acute Hepatopancreatic Necrosis
Disease
P. monodon, P. vannamei
Infection with Aphanomyces Astaci
(Crayfish Plague)
Astacus astacus, Austropotamobius
pallipes, Austropotamobius
torrentium, Astacus leptodactylus,
Pacifastacus leniusculus,
Procambarus clarkii , Orconectes sp
Infection with Hepatobacter Penaei
(Necrotising Hepatopancreatitis)
P. vannamei, P. setiferus, P. duorarum, P.
stylirostris, P. merguiensis, P. marginatus,
P. aztecus, P. monodon
Infection with Infectious Hypodermal
and Haematopoietic Necrosis Virus
P. califomiensis, P. monodon, P. setiferus,
P. stylirostris, P. vannamei
Infection with Infectious Myonecrosis VirusP. monodon, P. vannamei, P. stylirostris
Infection with Taura Syndrome VirusP. vannamei, P. Stylirostris
Infection with White Spot Syndrome VirusSemua jenis decapod (order decapoda)
Infection with Yellow Head Virus Genotype 1P. monodon, P. vannamei, P. stylirostris

Ahli Panel:

Bil.NamaJawatan
1.YBhg. Dato’ Adnan Bin HussainPengarah Kanan, Bahagian Biosekuriti Perikanan
2.En. Pang Ak NyukangKetua Cawangan Standard dan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Biosekuriti Perikanan
3.En. Teoh Pek NingPegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidik Akuakultur Krustasia FRI Pulau Sayak
4.En. Azmi Bin RaniPegawai Penyelidik, Bahagian Penyelidikan Akuakultur Air
Payau, FRI Gelang Patah
5.En. Mohd Hazrul Bin MuhammadPegawai Perikanan, Bahagian Pembangunan Akuakultur
6.Pn. Hasnisa Binti Abdul HamidPegawai Perikanan, Bahagian Pembangunan Akuakultur
7.Pn. Eleanor Daniella Binti LokmanPegawai Penyelidik, Bahagian Biosekuriti Perikanan
8.En. Abdul Taib Bin JaparPenolong Pegawai Perikanan, Bahagian Pembangunan Akuakultur
9.Cik Noraisah Binti ZainuddinPenolong Pegawai Perikanan, Bahagian Biosekuriti Perikanan

Urus Setia:

Bil.NamaJawatan
1.Pn. Eleanor Daniella Binti LokmanPegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Biosekuriti Perikanan
2.Pn. Norashikin Binti DaliyanaPegawai Perikanan Kanan, Bahagian Biosekuriti Perikanan
3.Cik Noraisah Binti ZainuddinPenolong Pegawai Perikanan, Bahagian Biosekuriti Perikanan
4.En. Nelson Slagie Anak RabongPembantu Perikanan, Bahagian Biosekuriti Perikanan
5.En. Arnold Bin PilimPembantu Perikanan, Bahagian Biosekuriti Perikanan

Borang / DokumenMuat Turun
Contoh Format Surat Rasmi Permohonan Kebenaran Mengimport Udang Hidup Ke Dalam Negara - LAMPIRAN C
Senarai Semak Permohonan Kelulusan Import dan Angkut Udang Hidup ke Dalam Negara (Borang BPUH-03) - LAMPIRAN D
Borang Permohonan Kelulusan Import dan Angkut Udang Hidup Ke Dalam Negara (Borang BPUH-01) - LAMPIRAN E
Laporan Pemeriksaan dan Perakuan Permohonan Import Induk Udang (Borang PBUH-02) - LAMPIRAN F
Laporan Kemasukan Sebenar Induk Udang (Borang BPUH-04)
Borang ARF Version 1,2017 - LAMPIRAN H

Perkhidmatan

Banner Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia