Tugas dan Tanggungjawab
- Mempromosikan dasar, program dan aktiviti jabatan ke arah pembentukan imej yang positif melalui promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.
- Menggalakkan penyertaan dan meningkatkan penghayatan serta memberi kefahaman publik mengenai dasar, program dan aktiviti jabatan dengan lebih berkesan.
- Menguruskan komunikasi korporat dengan media dan merancang pelan tindakan media dalam penyebaran maklumat secara efisien bagi memenuhi ketepatan masa dan objektif jabatan secara keseluruhan.
- Bertindak sebagai jurucakap jabatan dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang berkaitan dengan jabatan DENGAN KEBENARAN KETUA JABATAN.
- Memantau dan menilai liputan media dan kesannya mengenai perkembangan semasa agensi serta member maklumbalas kepada isu-isu yang dibangkikan.
- Menguruskan maklumbalas berhubung isu yang melibatkan imej jabatan serta membentuk perhubungan dengan media dalam membetulkan salah liputan atau tanggapan.
- Berperanan sebagai penasihat dalam bidang komunikasi korporat dan perhubungan pengurusan media serta protokol bagi merancang dan menasihati pihak pengurusan tertinggi tentang strategi-strategi komunikasi korporat.
- Bertindak sebagai penyelaras media dan menjadi sebahagian daripada pihak pengurusan jabatan.
- Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelan tindakan pengurusan acara bagi aktiviti rasmi di jabatan berhubung promosi, publisiti dan kempen dengan media.
- Menjalin dan memupuk hubungan baik dengan media tempatan dan luar Negara secara berterusan bagi menentukan sasaran mendapat gambaran atau maklumat sebenar tentang organisasi yang melibatkan dasar dan perkembangan semasa.
- Sebagai penyelaras aduan pelanggan jabatan dalam mesyuarat pengurusan.
- Menjalankan tugas-tugas lain dalam bidang Komunikasi Korporat, pengurusan dan perhubungan media yang diarahkan ketua jabatan dari semasa ke semasa.