Pilih satu Halaman

Program Karnival Myagropreneur Perikanan (Myap) & Mykomuniti Perikanan (Mykp) Zon Utara Tahun 2024

Utama » Aktiviti » Program Karnival Myagropreneur Perikanan (Myap) & Mykomuniti Perikanan (Mykp) Zon Utara Tahun 2024

1 Jun 2024

Program Karnival myAgropreneur Perikanan (myAP) & myKomuniti Perikanan Zon Utara 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia pada pagi ini.

Karnival ini bertujuan untuk membantu usahawan tempatan khasnya dalam sektor perikanan untuk mempromosikan produk mereka dengan menjadikan karnival ini platform untuk mempromosikan produk kepada pengunjung, selain mencari ejen, pengedar atau stokis.

Seramai 18 orang usahawan bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia yang terdiri dari pada tiga buah negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah membawa produk seperti keropok lekor, sambal garing ikan bilis, laksa berasaskan ikan tuna, sotong goreng dan lain lain.

YBhg. Dato’ Adnan juga berkesempatan untuk menyampaikan cek cura bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SpeKS) pengembangan dan akuakultur dengan jumlah keseluruhan RM829,310 kepada tiga negeri tersebut. Turut diserahkan adalah cek cura bantuan Program Bantuan Integrasi Akuakultur (PPIA) bernilai RM1.08 juta kepada penternak akuakultur Pulau Pinang.

Turut hadir menjayakan program, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, Puan Khazlita Adzim Abdol Aziz dan Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang, Cik Zarina Zainuddin. Pengarah Perikanan Negeri Perlis, En. Mohammed Roshaizat bin Mustaffa, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, En. Nazri bin Ishak serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.