YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) telah menghadiri pertandingan 4th CTY International Guppy & Plecostomus yang berlangsung selama 3 hari bermula 21 hingga 23 Jun 2024 di Pulau Pinang telah dirasmikan oleh YB Tuan Wong Yuee Harng, Adun Pengkalan Kota.
Pemenang utama dalam pertandingan ini telah dimenangi oleh peserta dari negara China iaitu Yuan Zhiguang.
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan sentiasa menyokong segala usaha dan inisiatif penganjuran pertandingan ikan hiasan yang diadakan di seluruh negara sejajar dengan hala tuju jabatan iaitu meningkatkan pengeluaran ikan hiasan menjelang tahun 2030.
Pengeluaran ikan hiasan dijangka meningkat sebanyak 352 juta ekor yang bernilai RM550 juta menjelang tahun 2030. Pada tahun 2023, pengeluaran ikan hiasan adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai sebanyak RM373 juta dan 21% daripadanya adalah bagi tujuan eksport.
Turut hadir sama, YBhg. Dato’ Chew Seng Lye, Pengerusi Chew Thean Yeang Aquarium Sdn. Bhd, Encik Ronnie Chew, Penasihat Program CTY Guppy Group (MCCG) serta pegawai- pegawai perikanan ibu pejabat dan negeri.