YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah hadir menyaksikan program pendaratan ikan tuna pada 18 Oktober 2024 di Dermaga Ayer Dalam, Butterworth, Pulau Pinang.
Sebanyak 73 tan metrik ikan tuna dan tuna like species didaratkan daripada vesel penangkapan ikan tuna Zon C3, Ibu Wira 7, PPF 1053 yang menjalankan operasi penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi.
Hadir sama Program ini, YBrs Puan Yeo Moi Im, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti dan Puan Zarina Zainuddin, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang.