Seluruh warga Jabatan Perikanan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia (Pengurusan) atas segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh Tuan Haji adalah inspirasi kepada semua warga jabatan dan telah memberi impak yang besar kepada pengurusan dan kemajuan jabatan ini.
YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan merupakan seorang pegawai yang telah mencurahkan bakti dan khidmatnya kepada Jabatan Perikanan Malaysia sejak tahun 1995 dengan penuh komitmen yang tinggi dan beliau telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dan sentiasa berusaha memastikan pengurusan dan perkembangan sektor perikanan di Malaysia mencapai tahap yang membanggakan.
Selamat bersara kepada Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Terima kasih di atas segala khidmat bakti dan jasa yang telah dicurahkan. Sesungguhnya, jasa dan bakti Tuan Haji akan sentiasa dikenang dan dihargai.
Seluruh warga jabatan mendoakan agar Tuan Haji dan keluarga menikmati kehidupan baru yang penuh kebahagiaan dan kejayaan di masa hadapan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang beliau tinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang dalam menjaga dan memajukan industri perikanan negara.