Pilih satu Halaman

DOF Jalin Kerjasama Tangani Spesies Ikan Asing

Utama » Aktiviti » DOF Jalin Kerjasama Tangani Spesies Ikan Asing

28 September 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Pejabat Perikanan Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan kerjasama RHB Volunteers serta Kumpulan Pemburu Ikan Bandaraya (KPIB) menganjurkan program memburu ikan asing di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil dengan penglibatan 200 sukarelawan.

Program memburu ikan asing ini diadakan sebagai salah satu usaha DOF dengan pihak berkaitan bagi bersama-sama mengekang populasi spesies ikan asing invasif dari terus membanjiri perairan umum seterusnya menjejaskan spesies ikan asli dalam ekosistem Sungai Kuyoh di samping membersihkan tebing sungai tersebut.Jumlah pendaratan ikan sepanjang program ini adalah 159.54 kg bagi tilapia dan pleco sahaja.

Aktiviti kali ini menunjukkan perkembangan positif dengan penangkapan ikan bandaraya berjaya di kurangkan di 5 stesen inventori.

Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam kesedaran awam berkaitan ancaman ikan asing dan memelihara ekosistem sungai. Kehadiran spesies ikan asing yang masih wujud di Sungai Kuyoh direkodkan semakin berkurang. Usaha pemuliharaan pelepasan ikan asli seperti ikan puyu tempatan digalakkan untuk kelestarian sumber.

Hadir sama pada program ini YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, YBhg. Dato’ Mohd Rashid Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Bandlking Group, YBrs. En. David Chong Ming Liang, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pn Suhanah Binti Kassiron, Pengarah Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.