YBhg. Datuk Seri Isham bin ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Beliau disambut baik oleh YBhg Dato’ Hj Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk mendengar taklimat mengenai sektor perikanan dalam mencapai visi dan misi Kementerian, khususnya dalam usaha menjamin bekalan makanan negara.
Hadir sama YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur dan Puan Yeo Moi Eim Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).