Pilih satu Halaman

Program Melabuh Tukun Tiruan (Konservasi) Bagi Projek Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT) Kerajaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2024

Utama » Aktiviti » Program Melabuh Tukun Tiruan (Konservasi) Bagi Projek Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT) Kerajaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2024

14 Oktober 2024

Sebanyak 17 unit tukun tiruan kuboid juvenil penghalang pukat tunda dilabuhkan pada hari ini di perairan Kuala Kemasin, Bachok yang disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan bersama YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, merupakan sebahagian daripada 70 unit tukun yang dibina dan dilabuhkan pada tahun 2024 yang bernilai RM2.2 juta melalui peruntukan yang diperolehi dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Kelantan dan Projek Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT).

Program ini amat penting bagi memastikan serta meningkatkan sumber perikanan marin agar sentiasa mampan dan menjamin sekuriti makanan Negeri Kelantan.

Turut hadir sama ke program ini ialah YB Dato’ Shaari bin Mat Hussain, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, YB Ustaz Harun bin Ismail, Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tawang, YBrs. Dr. Erniyta bin Osman, Pengarah Perikanan Negeri Kelantan, YBrs. Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Strategik serta pegawai-pegawai dan kakitangan dari Pejabat Perikanan Negeri Kelantan dan Ibu Pejabat