Pilih satu Halaman

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Dipengerusikan Oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Secara Bersamaan Dengan YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Utama » Aktiviti » Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara Dipengerusikan Oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Secara Bersamaan Dengan YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

3 Oktober 2024

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bersama YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara pada pagi ini.

Mesyuarat ini membincangkan mengenai fokus sektor pertanian negara bagi memperkukuh jaminan bekalan makanan serta meningkatkan daya saing subsektor agromakanan melalui penggalakan pertanian pintar merentasi semua sektor. Inisiatif ini melibatkan pemerkasaan penerimagunaan teknologi, menarik minat bakat baharu, penyedia teknologi, serta memperluas saiz ladang / ternakan bagi meningkatkan pengeluaran tempatan.

Isu keterjaminan makanan memerlukan kerjasama semua pihak, daripada Kerajaan, pengusaha, sektor swasta, akademia, komuniti hingga pengguna. Setiap daripada kita mempunyai peranan penting dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa terjamin.

Hadir sama dalam mesyuarat ini, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Seri Isham Bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, serta pengurusan tertinggi kementerian.