Ketua Pengarah Perikanan, Dato’ Haji Adnan Hussain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Nelayan Kawasan Kota Bharu yang diketuai oleh Encik Nik Mohd Kamal bin Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kota Bharu, ke Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya.
Sesi ini diadakan bagi membincangkan ancaman dan pengurusan sumber sotong torak (Uroteuthis chinensis) di perairan Negeri Kelantan. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan mengambil tindakan yang sewajarnya melalui kajian sumber sotong torak dan langkah-langkah penguatkuasaan bagi menjamin kelestarian habitat dan populasi sotong torak di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Tuan Haji Bakri bin Miswan, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Dr. Erniyta binti Osman, Pengarah Perikanan Negeri Kelantan, Encik Ryon Siow, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Kampung Acheh serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.