Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama strategik Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menganjurkan Pertandingan Memancing MyKP (Komuniti Perikanan) 2024 yang bertujuan mempromosikan Pulau Aman sebagai destinasi Eco Tourism di Pulau Pinang.
Pertandingan memancing ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada orang awam dan pengawai awam dari pelbagai Agensi Kerajaan.
Dalam majlis yang sama, JPA juga menyumbangkan sebanyak lima (5) buah kayak dan sepuluh (10) joran memancing kepada pihak MyKP Pulau Aman. Peralatan tersebut boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan pendapatan komuniti setempat dan menyokong aktiviti pelancongan Pulau Aman.
Selain itu, YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) bersama-sama YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia turut melepaskan benih ikan di pesisir pantai Pulau Aman dengan sumbangan daripada pihak DOF, iaitu 1800 ekor ikan siakap, 1000 ekor ikan jenahak, dan 6000 ekor benih udang kaki merah.
Hadir sama Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, dan Cik Zarina Binti Zainuddin Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.