Pilih satu Halaman

Penggambaran RTM Berkenaan Ikan Tilapia Gift

Utama » Aktiviti » Penggambaran RTM Berkenaan Ikan Tilapia Gift

14 Mei 2024

Satu penggambaran menerbitkan video ikan Tilapia Gift telah dijalankan oleh Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) bersama Jabatan Perikanan Negeri Kedah di Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra pada hari ini.

Penggambaran ini dibuat bagi mempromosikan ikan tilapia Gift dan memaparkan usaha jabatan mengiatkan fokus penternakan tilapia Gift.

Ikan Tilapia Gift (Genetic Improvement of Farmed Tilapia) adalah spesies ikan tilapia yang telah dibangunkan melalui kajian dan pembiakbakaan secara ‘selective breeding’. Benih ikan Tilapia Gift yang dihasilkan mempunyai Kadar tumbesaran yang lebih cepat berbanding Tilapia Merah, lebih tahan daripada serangan penyakit dan rasa yang lebih enak dan mempunyai struktrur isi yang lebih pejal.

Turut hadir Encik Pang Anak Nyukang, Pengarah Perikanan Negeri kedah, dan Encik Mohd Yusri bin Ismail, Ketua Cawangan Baka Dan Benih Bahagian Akuakultur Jabatan Perikanan Malaysia.